Friday, January 2, 2009

-no title- 1

Aku tak sangka, pertemuan aneh lagi asing antara aku dengan mereka bakal meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidup aku dalam dimensi ini. Aku merupakan seorang anak kepada pasangan bahagia yang bekerja sebagai angkasawan di galaksi Bima Sakti. Sebenarnya, aku bukanlah seperti bayi2 normal yang lain. Aku tidak pernah merasai kehidupan berada di dalam perut ibuku. Kerana… aku adalah ‘bayi tabung uji’ atau lebih dikenali sebagai ‘test tube baby’. Ya, kecanggihan teknologi abad ke-26 ini, telah menjadikan segalanya dapat dilakukan termasuklah menyambung zuriat tanpa perlu menghadapi saat2 menakutkan ketika bersalin. Akulah satu2nya bayi yang menghabiskan sepanjang masa aku di angkasa lepas. X ada teman sebaya dengan aku untuk bermain, berlari, mahupun berborak. Orang tua aku?? Kedua-duanya amat sibuk menjalankan tugas2 mereka. Uji kaji, pengiraan, ramalan, perancangan dan sebagainya. Ada juga perkara2 yang tidak mampu aku fahami pada tahap pemikiran aku ketika itu. Namun, aku x diabaikan. Kehadiran aku tetap disenangi oleh semua ‘homo sapiens’ di situ.

Mungkin ibu dan ayah sedar bahawa aku keseorangan. Jadi, dengan menggunakan teknologi abad ke 24 di gabungkan dengan teknologi abad ke-26 dan ke-25, sebuah robot tertopengkan manusia tercipta. Semata2 untuk menemani aku dan menjadi kawan aku. Secara fizikal dan mentalnya, robot itu sememangnya 100% seperti manusia. Dia makan, minum, tidur, dan sebagainya.. lebih menakjubkan, robot tersebut mempunyai perasaan. Dia menangis, ketawa, marah, dan lain2. apa yang membuatkan robot itu berbeza daripada manusia normal ialah dia mampu memutarkan kepalanya 360 darjah seperti burung hantu yang aku baca daripada ensiklopedia kawan ayah aku. Ayah menamakannya ‘Clonned Human Anti-Destruction 01’. Itulah namanya. Aku lebih senang memanggilnya Chad. Kami hidup bersama2.

Setiap hari aku melihat matahari. Matahari tidak pernah meninggalkan aku. Almaklumlah, kapal angkasa yang aku diami selama ini sebenarnya mengorbitkan matahari. Jarak di antara kapal angkasa aku ini lebih dekat dengan matahari jika dibandingkan dengan planet Utarid. Sekiranya kapal angkasa aku ini sebuah planet, sudah pasti menjadi planet pertama dalam system suria. Aku tidak pernah berpeluang merasakan suasana malam yang berbintang2 . aku hanya mengetahui melalui pembacaan aku di perpustakaan. Namun, perasaannya tidak sama. Aku ingin keluar dari kepompong ini. Aku ingin menyaksikan sendiri kehebatan ciptaan-Nya. Aku ingin merasai nikmat suasana yang digelar malam. Aku ingin mendengar bunyi2an yang dibuat oleh binatang2 dalam buku2 aku itu. Aku ingin melihat keindahan cahaya bulan. Aku ingin menghirup udara yang berlapiskan atmosfera dan fotosfera. Aku ingin menjejakkan kaki aku ke… BUMI.

Ketika aku sedang berjalan-jalan dengan Chad, kaki aku terpaku di hadapan bilik Aunty Zara. Aku terdengar Aunty Zara berbual2 dengan skrin computer. Terdapat wajah manusia seperti kami semua di sini terpampang di skrin. Pada mulanya, aku pikir itu adalah salah seorang angkasawan yang menetap bersama2 dengan aku di kapal angkasa. Namun, setelah aku amati gambarnya, TIDAK??!! Aku bagaikan terjatuh dari pusat anti–graviti yang telah mengaktifkan gravitinya. Benarkah? Mata aku tidak mempermainkan aku?? Gambar tersebut berlatarbelakangkan landskap bumi seperti yang aku lihat di dalam ensiklopedia aku. Adakah selama ini aku diperbodohkan?? Aku diyakinkan bahawa tidak ada satu kehidupan pun di planet Bumi yang terselamat selepas hentaman hujan asteroid yang berlaku lebih kurang 126 tahun yang lalu. Kerana itu lah kami hidup berorbitkan matahari di dalam kapal angkasa selama ini. Aku hairan. Aku terasa dikhianati. Rupa-rupanya, segala yang aku tahu mengenai sejarah Bumi selama ini adalah satu PENDUSTAAN. Masih ada kehidupan di sana!! Sanggup mereka semua melakukan semua ini kepada aku?? [bersambung]...

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...