Friday, January 9, 2009

-no title- 2

Aku sudah mengambil keputusan. Aku akan memecah masuk atmosfera planet Bumi. Aku akan berjumpa dengan mereka yang sespesies dengan aku. MANUSIA.. ya MANUSIA BUMI. Aku dan Chad bergegas ke bilik kami dan mengumpulkan apa yang patut. Kami ingin bebaskan diri. Kami x sanggup disorokkan daripada kebenaran lagi. Kami akan melarikan diri. Aku mengambil ‘spacecraft’ ayah aku yang berwarna ‘black silver’ bernama D-05 tanpa pengetahuannya. Sekeping nota aku tinggalkan di atas beg tidur aku.

“ayah.. ibu… saya tidak berniat ingin melukakan hati ayah dan ibu. Tapi saya perlukan kebenaran. Selama 16 tahun saya hidup dalam pedustaan. Saya tahu. Planet Bumi masih wujud kehidupan. Sampai hati ibu dan ayah merahsiakan perkara ini daripada saya. Saya pergi dulu ayah.. saya pergi dulu ibu. Tidak usah mencari saya. Jangan risay akan keselamatan saya. Chad ada bersama2 saya. Mungkin saya tidak akan kembali dalam masa terdekat ini. Saya ingin mengembara. Merasai sendiri kehidupan yang sering saya gambarkan dalam kotak fikiran saya ini. Saya harap agar ayah dan ibu merestui pengembaraan saya ini. Assalamualaikum..”

Chad yang akan mengawal D-05 kerana dia juga sudah diprogramkan untuk tujuan tersebut. Aku?? Aku masih belum mahir kerana aku sekarang masih lagi belajar dalam kelas teori.
D-05 berlepas meninggalkan stesen kapal angkasa. Jantung aku berdebar2. Bagaimanakah agaknya rupa bentuk Bumi? Adakah bumi seperti yang aku lihat dalam helaian2 ensiklopedia aku? Hutan hijau? Laut biru? Aku sangat teruja. Pengawalan Chad terhadap D-05 amat baik sekali. Kami melintasi planet Utarid. Kemudian, planet Zuhrah. Saat2 yang aku tunggu telah tiba. Di hadapan aku kini, planet BUMI. Indah. Sangat indah. Ya, seperti yang aku bayangkan selama ini. Keindahannya memukau aku.

Kapal angkasa D-05 yang dikawal Chad selamat mendarat. Kami mendarat di tanah lapang. Kehijauannya menenangkan jiwa. Udaranya yang segar meransang saraf2 aku untuk berasa selamat dan tenang. Aku dan Chad beranikan diri untuk melangkah keluar. Kaki aku memijak organisma-organisma yang kelihatan tajam berwarna hijau. Jumlahnya banyak sekali. Aku membuka komputer poket aku, Ciber252. Rupa2nya, organism yang sedang aku berdiri di atasnya ialah rumput. Rumput adalah sejenis hidupan yang memproses makanannya sendiri melalui fotosintesis. Menurut Ciber252 lagi, rumput bernafas melalui liang2 stoma yang berada padanya. Yang lebih menakjubkan ialah rumput melepaskan oksigen dan menyedut karbon dioksida ketika menjalankan proses fotosintesis. Berbeza dengan manusia seperti aku. Banyak lagi yang aku ingin pelajari mengenai planet bergelar Bumi ini. [bersambung]...

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...