Pagi itu aku dekejutkan dengan berita tentang Chad. Dia sedang sakit. Aku bergegas mendapatkannya. Chad pucat. Badannya sejuk dan terketar2. Aku tidak tahu apakah puncanya. Setelah aku menjalankan pemeriksaan asas kepadanya, aku dapati bahawa system imunisasi dan kadar metabolism Chad tidak mampu untuk disesuaikan dengan keadaab udara di Bumi. Oleh itu, dengan berat hati. Chad terpaksa aku hantar pulang ke kapal angkasa induk. Dia mengajak aku kembali bersama2 dengannya. Namun, aku tetap dengan pendirian aku. Masih banyak perkara yang belum aku lakukan dan ingin aku lakukan.
Setelah mengucapkan salam dan selamat tinggal kapal angkasa D-05 berlepas memecah atmosfera Bumi. Aku ditinggalkan sebatang kara. Inilah kali pertama aku berpisah dengan Chad setelah hampir 11 tahun aku hidup di sampingnya. Aku pasti merindui Chad. Aku memintanya menyampaiakn salam aku kepada orang tua aku dan meyakinkan mereka bahawa aku selamat serta tidak perlu mencari aku. [bersambung…]
No comments:
Post a Comment