Kemudian, mereka mengejutkan aku untuk makan malam. Chad turut serta. Kami semua ke tempat makan bernama Dewan Selera juga dikenali sebagai DS. Sebenarnya, terdapat lebih ramai manuisa berpakaian pelik di situ. Aku diberitahu bahawa yang perempuan memakai baju kurung dan yang lelaki berpakaian baju melayu.
“Apakah?? Baju kurung?? Baju melayu?? Adakah sama dengan bangsa melayu?? Wujudkah bangsa kurung??” soalan2 ini berlegar2 difikiran aku.
Kami beratur untuk menunggu giliran mengambil makanan. Nina, manusia yang menjumpai aku. Dia meletakkan sesuatu berwarna putih dan kelihatan lembik di dalam pinggan aku. Pada mulanya, aku menyangka itu adalah ulat. Ulat seperti yang sedang dibiakkan oleh Uncle Faizal di makmalnya. Rupa2nya itu adalah makanan ruji mereka. Nasi. Nasi putih. Cyber252 mengatakan bahawa sebelum menjadi nasi, ia sebenarnya adalah beras yang ditanam di kawasan lapang yang dinamakan kawasan tanaman padi. Ooo… begitu rupanya. Aku menepuk dahi aku sendiri. Alangkah jahilnya aku.
Setelah pinggan aku dipenuhi dgn makanan2 yang tidak pernah aku jumpa sebelum ini, kami mencari tempat yang sesuai untuk duduk dan menikmati juadah pertama aku dan Chad di Bumi. Sebelum makan, seorang manusia berpakaian baju melayu hijau epal membacakan doa dan satu DS mengaminkan bacaannya. Semua menikmati rezeki yang terhidang dengan penuh selera. Ketika makan, kami berborak2 mengenai aku dan Chad. Aku pun menerangkan asal usul aku dan tujuan aku ke Bumi. Setelah aku habis bercerita tentang pengembaraan aku ke Bumi, aku melihat mereka merenung aku dengan pandangan yang begitu khusyuk. Khusyuk mendengar. Juadah meraka lansung tidak disentuh. Sedangkan aku dan Chad sudah licin pinggan kami. Sangat lapar.
Sesudah itu, aku dibawa ke kawasan surau. Surau Taqwa namanya. Di situlah para muslim dan muslimah menunaikan solat secara berjemaah. Kalau di kapal angkasa, terdapat juga tempat seperti itu, tetapi tidaklah seluas kawasan surau taqwa. Kawasan surau dikelilingi oleh bangunan satu tingkat dan 2 tingkat. Aku difahamkan bahawa bangunan tersebut adalah asrama pelajar. Asrama pelajar?? Jadi, aku berada dalam kawasan sekolah? Baru aku faham.
Matahari yang tidak pernah meninggalkan aku selama 16 tahun, kini perlahan2 menyembunyikan dirinya di sebalik bukit. Tibalah MALAM. Suasana yang aku impi2kan sebelum ini. Malam. Bintang bertaburan di langit seperti yang aku lihat ketika aku berada di angkasa. Pemandangan yang biasa bagi aku. Namun, apa yang membuatkan aku terkesima ialah siranan cahaya bulan.
“Bulan tidak menghasilkan cahayanya sendiri tetapi memantulkan cahaya matahati ke planet Bumi pada waktu malam. “
Itulah susunan ayat dalam buku astonomi yang telah aku baca yang membuatkan aku teruja ingin melihat bulan dengan mata kepala aku sendiri. Sebelum ini aku gambarkan bulan seperti sebuah cermin yang besar. Namun, aku salah. Ianya lebih daripada sebuah cermin. Bulan adalah satelit Bumi. Satu2nya satelit Bumi. Bulan juga mempengaruhi pasang surut air laut. Aku memuji kebesaran ciptaan Yang Maha Esa. Malam itu aku tidur berselimutkan bintang2 di angkasa dan bertemankan cahaya Si Bulan Purnama.
Keesokan harinya, aku menyambut kehadiran Sang Matahari. Aku menantinya dengan penuh kesabaran dan debaran. Bagaimanakah keadaan Si Matahari ketika waktu pagi? Akhirnya, ‘dia’ muncul. Subhanallah… itu sahaja mampu aku luahkan. Keindahannya tidak tergambar dengan kata2. Cahayanya menusuk2 aku sehingga aku dapat rasakan kehangatan waktu pagi. Kehangatan yang jauh berbeza daripada kehangatan di kapal angkasa meskipun di sana aku lebih dekat dengan matahari. [ bersambung...]
No comments:
Post a Comment