Friday, January 9, 2009

-no title- 3

Kami teruskan perjalanan kami. Kami dikelilingi tumbuhan2 yang lebih tinggi. Menurut Chad, kami berada di hutan hujan tropika yang terletak hampir dengan garisan khatulistiwa bumi. Kawasan yang paling sesuai untuk tumbuhan2 hijau hidup.

“krruuukkk kraaakkkk”

Aduh, laparnya! Perut aku sudah memulakan orkestranya. Kami kembali ke kapal angkasa kami, D-05. Setibanya kami di kawasan lapang tersebut, D-05 dikelilingi oleh makhluk2 seperti aku. Tetapi mereka berpakaian pelik. Aku mula merasakan getaran ketakutan menyelubungi sanubari aku. Siapakah mereka? Apa yang sedang mereka pakai? Kenapa mereka begitu tertarik kepada D-05 sedangkan di kapal angkasa induk, D-05 hanyalah sebuah kapal angkasa yang biasa sahaja. Rasa lapar aku tiba2 hilang. Perutku kenyang dipenuhi rasa takut dan ingin tahu. Aku cuba mendekati mereka perlahan2 dari semak-samun. Tanpa disedari, Chad hilang kawalan kerana kakinya tersangkut pada akar pokok dan dia tejatuh menimpa aku.

“Aaaarrrhhhhh!!!” aku menjerit sekuat hati kerana sakit.

Mana tidaknya, Chad adalah robot. Semua organ dalamannya diperbuat daripada platinum. Berat…. Sangat berat. Kumpulan manusia yang berpakaian pelik itu terkejut. Mereka melihat keliling mencari sesuatu. Mencari aku!! Kemudian, mereka berpecah ke serata tempat. Aku berdoa panjang agar mereka tidak menemui aku. Nasibku malang, salah seorang daripada mereka menjumpai aku dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Aku takut. Chad melindungi aku. Kemudian, manusia itu menghulurkan tangannya.

“jangan takut. Saya tak akan apa2kan awak,” dia berkata kepada aku dengan suara yang lembut dan gemersik jiwa.

“Wah, dia menggunakan bahasa yang sama dengan aku!” aku berbisik kepada Chad.

Aku meyakini kata2nya dan menyambut hulur tangannya. Namun, Chad menarik aku semula. Dia tidak mempercayai kata2 manusia asing itu. Aku hanya menuruti Chad. Setelah Chad mengamati manusia pelik itu dan menganalisisnya menggunakan system analisa yang telah diprogramkan bersama-sama dengannya, dia melepaskan aku. Aku pon, menyambut tangannya setelah mendapat isyarat daripada Chad. Dia menarik aku keluar dari semak-samun itu dan menjerit memanggil yang lain.

Seketika kemudian, kami dikelilingi oleh mereka semua. Pelik. Sangat pelik pakaian mereka. Berbeza sungguh dengan aku yang memakai sut angkasa berwarna ‘silver’ ini. Di kapal angkasa, inilah pakaian yang dipakai oleh kami semua. Sama sahaja. Namun, pakaian manusia bumi ini, bermacam2 warna dan berbagai2 gaya. Selepas itu, mereka membawa kami ke suatu tempat. Kawasan itu luas. Berpagar dan terdapat banyak objek2 tinggi dan besar. Aku kagum melihatnya. Aku diterangkan bahawa objek2 tersebut bernama ‘bangunan’. Kemudian mereka membawa kami keliling kawasan. Sangat luas. Dan kami sangat penat. Mereka menyediakan sebuah bilik lengkap dengan katil dan tilam untuk kami. Apa lagi… disebabkan kepenatan tahap maksima, kami terus mencampakkan diri ke atas katil masing dan tidur dengan nyenyaknya. [bersambung..]

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...