Wednesday, March 30, 2011

penatkah diri ini?

-untitled-


salam a'laikum.

"bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba" 

namun, bukankah...
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah meninggalkan kamu [tidak memberu pertolongan], maka siapa yang dapat menolong kamu setelah itu? kerana itu kepada Allah sahaja orang-orang mukmeen bertawakal."
[ali imran, 3:160]

ya hidup ini sukar,
ya dugaan itu memedihkan,
ya kata-kata manusia kadang kala menusuk kalbu,
ya dun-Ya ini menyeksakan.

tapi,

"dan carilah [pahala] negeri akhriat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah [ kepada orang lain] sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan."
[al-qasas,28:77]

diri hina ini mengakui kelemahan yang terang dan nyata terpampang melalui kata-kata dan perbuatan. sehinggakan pada suatu tahap di mana tidak lagi berasa hebat untuk meneruskan perjuangan dek dugaan-dugaan yang menimpa. lelah, penat... sudah kering air mata ini mengalir kerana memikirkan hal dunia. ingin sahaja diri ini terus menghadap-Nya, kerinduan seorang hamba kepada Tuhannya. 
Ya Allah, aku akui... aku penat. namun, aku mendoakan agar Engkau membantu aku berpegang pada janjiku ini. tidak akan aku berhenti berjuang kerana-Mu sehingga aku yakin aku punya tempat di syurga-Mu. dan tidak salah sekiranya syurga Firdaus yang kuharapkan. kurniakanlah aku kekuatan itu.

jiwa hamba ini kadang kala senang terguris dek kata-kata yang sukar menembusi hati batunya. namun, tidak pernah otak ini cuba berhenti untuk bersangka baik dengan manusia-manusia yang Dia kurniakan bagi mewarnai hidup ini. penat. iya, penat. lebih-lebih lagi apabila sangkaan baik itu disangkal dengan bukti depan mata kepala sendiri. namun, digagahkan jua menerima mereka seadanya kerana tidak semua manusia sempurna.

keremukan hati ini selalu diabaikan  kerana mengharapkan kebahagiaan buat mereka yang lain. sakit... tidak dinafikan kesaktian sakitnya. pernah ingin melupakan kepentingan manusia lain dan berpaksikan hanya pada kepentingan diri. ya, berjaya! namun, warna kebahagiaan hidup ini semakin pudar. mampukah untuk mewarnainya semula?

hendak dikatakan betapa tidak bersyukurnya hamba yang berkata-kata dalam alam maya ini, sering kali melupakan keperitan Rasulullah memperjuangkan agama Islam. mengabaikan pengorbanan para sahabat. tatkala diri tertekan, segala pengetahuan tentang kehebatan umat islam terdahulu... lenyap begitu sahaja. setelah melepaskan perasaan, barulah hendak beristighfar.

bukankah SABAR ITU ADALAH PADA HENTAKAN YANG PERTAMA ?

belum lagi leher ini dijerut,
tidak lagi batu besar menghempap diri,
masih mustahil untuk diseret ditengah-tengah padang pasir yang panat terik,
tidak pernah merasai diboikot manusia sekeliling,
tidur dalam keadaan lena, tidak memikirkan kemungkinan diri ini dicabut nyawa dan terus menghadap-Nya dalam keadaan tidak bersedia.

wahai diri!
kamu mengeluh!
kamu mengatakan kamu penat!
kamu mengatakan kamu sudah melakukan sedaya yang kamu mampu!
kamu mengatakan manusia tidak menghargai perjuangan kamu!

tidak malukah kamu pada Tuhan?
tidak malukah kamu pada Rasulullah s.a.w?!
tidak malukah kamu pada para sahabat?!!
pada mujahideen??????!!!

kepenatan itu hanyalah tipu daya dunia! diri punya lebih kekuatan sekiranya sumbernya adalah benar. iaitu Allah. sekiranya terasa diri ini penat, maka mintalah kekuatan daripada-Nya. sekiranya diri ini sedih, maka pintalah Dia agar menggembirakan hati. sekiranya diri ini keseorangan, maka sedarlah perasaan itu adalah dusta! kerana Allah kan ada...

 The one who speaks to the others is speaking to oneself.

3 comments:

Anonymous said...

Every sparkling tear, on every eyelash, He knows..

Shereen said...

dearest Aimi.. thank you for the reminder.. You always seem to say the right things in here. U've made my weary heart much better now.. Alhamdulillah.. :)

alaq ashiqin said...

wahai ukht...ketahuilah,sudah terlalu banyak yang kita ketahui...dan sesungguhnya,Allah itu pasti akan menguji setiap apa yang pernah kita dengari dan fahami...dan dalam itu,bersabarlah wahai ukhti...kerana,padanya sentiasa ada kekuatan dari Allah!!

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...