salam a'laikum.
situasi 1.
lokasi: concourse KMB.
masa: hari ini, esok ada test.
alamak GDC aku mati! bateri habis kot.
aku harus segera terbang pergi ko0p!!! beli bateri baru!!
harus cepat!! nak buat math, esok ade pre-IRP test paper 2!
mati la kalau GDC tak boleh gune!
situasi 2.
lokasi: di mana-mana sahaja
masa: iman sedang futur.
iman aku tengah down ni.
sedihnya.
aku rasa tak layak nak jadi hamba Allah lagi dah.
sedih.. sedih... sedih...
mati la aku masuk neraka nanti.
hurm... sahabat-sahabat...
tatkala GDC kita habis bateri, dunia kita bagaikan gelap hitam legam. betul tak? even kalau GDC kita jatuh atas lantai, kita pun dah macam, "hahhhh!!!". bukan setakat kita sahaja, tapi orang sekeliling kita akan turut terkejut dan macam, "habis ar GDC dia!".
tapi, kalau iman kita yang tengah jatuh, as if like tengah futur. apa kita buat? meratapi sahaja? ish ... ish... ish... tak adil betul! kalau iman dah nak habis "bateri", pergi la recharge! cari apa-apa cara pun untuk dekatkan diri kita kepada Allah. orang lain kat sekeliling, apa kita buat bila kita tahu sahabat kita tengah futur?!! buat ai donno? ish ish ish....
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah [jalan] untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah [berjuanglah] di jalan-Nya, agar kamu beruntung."
[al-ma'idah, 5:35]
kita bukan Nabi. graf iman kita bukan semakin hari semakin increase.
kita bukan malaikat. graf iman kita tidak constant untuk selama-lamanya.
tapi,
kita adalah manusia, graf iman kita fluctuates all the time.
tapi janganlah sampai value y-axisnya menjadi negatif. kalau dah approaching zero, cepat-cepatlah mencari jalan untuk kembali mendekatkan diri dengan Allah.
insha-allah...
[maaf, kali ini sedikit ke-KMB-an. ^_^][
p/s: GDC adalah kalkulator yang sangat mahal dan berharga buat pelajar-pelajar IB.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
No comments:
Post a Comment