| location: Lanai, Putrajaya. |
tatkala melihat langit, terbayang-bayangkan indahnya syurga yang mana tiap-tiap hari Allah hias untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. [semoga kita berada dalam golongan tersebut. amin ya rabbal a'lameen]. terngiang-ngiag janji-janji Allah di telinga ini di saat melihat kepulan-kepulan awan bergerak mengikut perintah-Nya.^_^
kita sering bicara soal syurga Allah kan? pernahkah kita terdetik untk memikirkan tentang neraka?
"apabila mereka dilemparkan ke dalamnya meraka mendengar suara nereka yang mengerikan, sedang neraka itu membara, hampir meledak kerana MARAH. Setiap kali ada sekumpulan [orang-orang kafir] dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga [neraka itu] bertanya kepada mereka, "Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu [di dunia]?"
[al-mulk,67:7-8]
kenapa neraka itu MARAH?
neraka itu juga adalah makhluk Allah. oleh itu, apabila mereka-mereka yang ingkar kepada Penciptanya dilemparkan ke dalamnya, maka HANGIN la neraka itu. betul tak?
terbaca satu majalah ini. betul-betul kencang hati ini berdegup tatkala perkataan 'neraka' itu diulang berkali-kali. ditambah lagi dengan huraian-huraian yang serba dahsat!
"sesungguhnya di sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang MENYALA-NYALA. dan makanan yang menyumbat di kerongkong dan azab yang pedih."
[al-muzammil,73:12-13]
apakah yang dimaksudkan dengan "makanan yang meyumbat di kerongkong"?
Iman Ahli Basrah iaitu al-Hasan bin Abi Hasan al-Basri tatkala teringatkan ayat Allah ini, tiga hari beliau tidak lalu makan kerana terbayangkan keadaan ahli neraka yang tercekik-cekik apabila makan makanan di neraka. makanan tersebut tak boleh turun ke perut, tapi tidak boleh dimuntahkan. fuh~~ dahsat sungguh.
sekiranya kamu diberi timah cair yang sangat panas dan buah yang asalnya dari sebuah pokok yang tumbuh dari dalam [inti] neraka, kamu nak makan tak?
oh tidak. saya pun tak mahu.
tapi,
rasulullah ada bersabda,
"akan dicampakkan perasaan lapar kepada ahli neraka. maka ia [rasa lapar itu] menyamai azab seksa yang sedang mereka rasai."
[h.r. al-Tirmizi]
dekat neraka nanti, by hook or by crook... ahlinya akan makan juga dua jenis "hidangan" yang saya nyatakan tadi. tapi... hidangan tersebut bukanlah untuk menghilangkan lapar dan dahaga, malah adalah bentuk satu seksaan dalaman tubuh mereka.
Imam al-Qurtubi dalam Tafsirnya berkata,
"keadaan orang kafir di dalam neraka seperti keadaan orang yang terus menerus mengalami sakaratulmaut tanpa henti."
meraka tak akan pernah merasai nikmat seronoknya syurga sepertimana tidak akan pernah ahli syurga merasai keperitan hidup dalam neraka.
terdapat sepohon pokok dalam neraka. tidak terkata betapa panasnya neraka dengan api yang menyala-nyala, pokok tersebut tidak terbakar. huh?~! hebat betul! hal ini demikian kerana pokok itu sendiri asalnya adalah dari dalam neraka dan ia juga adalah sejenis api. saya terfikir satu idiom english, if you fight fire with fire, you will get a bigger fire." [taking it literally] erk! bayangkan kat dalam neraka nanti, hanya api sahaja yang ada. jadi, apabila api bertemu api.... [terhenti jari saya menaip. betapa dahsat keadaan neraka itu nanti.]
tapi sehebat mana kita bayangkan neraka itu, tak sama pun dengan neraka yang asal ciptaan Allah. sebab itu perkara ghaib. jangan bayang over-over... ok, kembali kepada pokok tersebut. nama pokok itu ialah pokok buah zaqqum.
ciri-cirinnya:
- buahnya seperti kepala-kepala syaitan [tajam]
- seperti minyak panas.
- rasulullah bersabda, "andai setitis daripada buah zaqqum terjatuh ke laut dunia, nescaya musnah semua kehidupan yang terdapat di dalamnya. maka, bayangkanlah bagaimana jika seseorang memakannya?" [h.r al-tirmizi].
- membuat si pemakannya terasa dahaga sangat. dan tiada minuman lain di neraka melainkan timar cair yang sangat panas. sehingga terputus-putus usus perut mereka.
- akar pokok tersebut menjalar dari dasar neraka jahanam [the bottommost neraka].
- cabang-cabangnya menyebar hingga ke semua level dalam neraka.
alhamdulillah, semua informasi di atas saya baca dari majalah solusi. bukan rekaan semata-mata. dan selepas membaca bahagian terakhir artikel tersebut, betul-betul terasa hentakan yang sangat kuat. dan sangat malu pada diri sendiri.
"demi Allah hati-hati kita bukan seperti mereka [ulama salaf as-soleh]. apabila membaca ayat-ayat yang menceritakan azab neraka, kita masih boleh makan dengan lahapnya. kita masih boleh tertawa dan bersenda gurau."
-umar m noor-
berdoalah agar kita mati dalam keadaan islam. mungkin sekarang ini kita masih lagi berpegang kepada syahadah kita, tapi kita tidak tahu apakah keadaan kita tatkala sakaratul maut datang menjemput, masih islam lagi kah kita?
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:
Post a Comment