saya naknak tanya.
kalau kita dengar nasyid yang memuji-muji kebesaran Allah.
lagu yang menyatakan rindu kepada Allah.
lagu yang mengagumi kesempurnaan rasulullah.
[by maher zain, sami yusuf, raihan, dan lain-lain]
ataupun, bukan setakat nasyid.
kalau lagu yang dinyanyikan oleh sesiapa sahaja.
rock leleh, jazz, dan lain-lain. [maaf saya tak kenal sangat manusia-manusia yang menyanyi kat dalam dunia ini]
cuba kita pikir dan cuba kita tanya diri kita.
kita dengar untuk kita ambil pengajaran atau untuk kita dengar lenggokan suara mereka?
kita dengar untuk menghayati mesej lagu atau untuk kita terpesona dengan kehemseman atau kesantikan mereka?
kita dengar untuk menambahkan iman atau untuk melayan perasaan terhadap orang yang menghasilkan getaran suara yang mengasyikkan itu?
kita dengar untuk mendekatkkan diri kita kepada Allah atau mendekatkan diri kita kepada neraka Allah?
soalan-soalan ini dah lama bersawang dalam kepala saya.
saya dapat koleksi lagu-lagu latest sami yusuf daripada sahabat saya, bella. [bella!! aku tulis nama ko!! hehehe]. including video clips. pada mulanya saya rasa macam tertarik nak dengar lagu sami yusuf ini sebab ramai sabahat saya yang dengar. macam biasa, SAYA TAK PERNAH NAK KISAH SAMI YUSUF ITU SIAPAKAH. saya dengar sahaja. sedap... memang sedap didengar. apabila saya mula mendengar sambil tonton video clips beliau, fuh~~~pergh~~~lagi lah bertambah effect feeling lagu-lagu tersebut. sebab bagi saya, beliau memang sangat menghayati apa yang cuba disampaikan olehnya. selain itu, beliau juga memang macam betul-betul macam orang yang dilamun cinta, CINTA ALLAH.
sampai satu tahap, saya berhenti. saya rasa lain macam.
"aku tengok vidclip ini, nak dengar lagu atau nak tengok sami yusuf?"
"aku dengar lagu ini, nak ingat Allah atau nak ingat sami yusuf?"
ah-ah! zaaaaapppp!!!!!
ya allah, aku bersyukur ya Allah. kalau Engkau tidak menggerakkan hatiku untuk berperasaan sedemikian, pasti sudah jauh aku melencong.
sahabat-sahabat,
senang sahaja perkara-perkara baik diputarbelitkan dan menjadi penyebab kita mendapat kemurkaan Allah. NIAT.
"Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. barangsiapa berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana DUNIA yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan."
[h.r. Abu Abdullah Muhammad bin Ismail dan Abul Husain bin Al-Hajjaj]
[h.r. Abu Abdullah Muhammad bin Ismail dan Abul Husain bin Al-Hajjaj]
niat dengar lagu itu kena betul.
kalau niat nak rapatkan diri kepada Allah, insya-allah akan menuju ke arah niat tersebut. kalau niat nak rapatkan diri dengan sami yusuf [contohnya!], akan menuju ke arah niat itu juga, don't worry... tapi... setakat itu sahaja lah. dapat lah sami yusuf itu. just, rugi lah sebab itu hanyalah DUNIA semata-mata. kita naknak cinta Allah kan kan? kita taknak cinta sami yusuf. [eceh--macam lah sami yusuf itu kenal kita. ^_^]
lain kali, lagi senang kalau saya dengar lagu tapi tak kenal siapakah orangnya. ah-HA!!!! boleh kah? hurm... selepas kejadian tersebut, saya convert lagu-lagu youtube yang best-best menjadi mp3. no more vidclips. suci murni. insya-allah. niat harus dibaiki!!!
ha! alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.
contoh lain. ketika dalam bulan ramadhan.
solat kat surau . jemaah. [reminder: ini bukan kes mengumpat. cuma nak ambil pengajaran].
sahabat A: sedaplah suara imam hari ini.
sahabat B: betulah. best-best.
sahabat A: betul-betul feeling la solat tadi.
sahabat B: .....................
sahabat A: siapa ah jadi imam? siapa? siapa? kamu tahu tak?
sahabat B: ....................
sahabat A: kamu nih! dengar tak saya tanya kamu ni.
sahabat B: pada pendapat sayalah kan, saya lebih rela tidak kenal milik siapakah suara yang mengalunkan kalamullah itu daripada mengtidakkhusyukkan solat saya. cukuplah sekadar mengagumi kurniaan Allah kepadanya. tahu siapa yang jadi imam itu, tak menambahkan kekhusyukan pun. kan kan?
sahabat A: ya Allah, betullah cakap kamu. apa saya sedang pikir ini?!
*bukan dialog sebenar.
saya yang memasang telinga sejak tadi, tiba-tiba mengalir air mata saya. ya allah, sungguh senang hati ini terpesong walaupun sedang menghadap-Mu.
p/s: sorry sami yusuf. contoh terdekat. ^_^
3 comments:
wahh...ni maksudnyer sami yusuf dakene pakai purdah lah nie...hmmm~
betul tue...bahaya kalu kite dok tgk2 org nie....
lihat saje pada mesej atau kebaikan nye...tak perlu tau sape...itu lebih menjaga hati...
sama juga,kadang2 dlm perbualan,
"bagus lah td budak lelaki kmb tue,die tolong nenek tua tu melintas jalan"
"yeke,bagus nyer...sape wei,sape?"
kalu prasan,bende2 mcm nie slalu jer kan berlaku...insya Allah...sama2 kita amek iktibar ye dik!!hehe!
betul akak.
purdah.. lawak2..
hurm....
kene jaga hati ini baik2.
labih rela tak tahu orang, drpd terpakse hempas pulas baiki hati ni.
^_^
yada!
saye setuju tu.
saya tak nak tau sape imam tohh..
tlg jgn bg tau!
saya tak nak cam suare sape tuh~
hati tlg jgn duk mengecam!
*guling2* purdah? sami yusuf?
lalaha.
ya! dengar lirik tu elok2!
:)
tp kdg2, video clip menyuluhkan mesej dalam liriknya. :) perlu jugak tengok...
kite ingat mesej baik, rupenye.. -.-" menyeleweng!
kite sangke utk isteri... rupenye.. O_0 buruk sangkanya aku..
pengalaman sendiri.
ops.
he. er.. saye menceroboh.
assalamu'alaikum. :)
sy masuk sini melalui Adilah Yang Adil. :D
Post a Comment