Salam alaikum, sahabat2!!!
Ingat tak masa kita mula-mula masuk sekolah rendah dulu-dulu? Masuk darjah satu. Masa itu, kita masih lagi ada di tahap pemikiran budak-budak tadika. MAIN!!! Main tiang-tiang dengan kawan-kawan, main kejar-kejar garisan kat court badminton, main galah panjang [dalam surau pulak tuh], main lawan pemadam, main sep-sep tom-tom, main ice-water, main teng-teng, main batu seremban [Sirius BATU], main zero point, main-main!! Ha! Masa tu, kita pikir… that is life. Itu lah ultimate tujuan hidup kita. Main makan tidur. Belajar? Heheh… itu sekali sekala.
Kemudian, kita semakin tinggi [ tumbesaran positive ye]. Kita masuk darjah enam. “tahun ini saya kena belajar betul-betul! Saya kena berusaha untuk dapatkan 5A dalam UPSR untuk membalas jasa ibu bapa saya.” Pada ketika itu, apa yang kita idam-idamkan hanyalah 5A dalam tangan. Kata-kata seorang pakar motivasi, “A… A… A… A… A… paaaandaaii anak mak”. Terbakar semangat nak berjaya. lepas tu, tengok adik-adik darjah 1 dan tengah sibuk main lagi. Main!!! Satu sahaja yang kita pikir, “haih… budak-budak…”.
Selang beberapa tahun, kita bakal menduduki PMR. “Kali ini, saya harus dapat 9A supaya saya akan berjaya masuk ke asrama penuh dan membuat ibu bapa saya bangga dengan saya [walau pin saya sangat takut dengan cerita-cerita hantu kat sekolah asrama]”. Apa sahaja yang kita lakukan adalah demi PMR. PMR adalah segala-galanya! Waktu itu, kita tengok budak-budak darjah enam sibuk kalot nak pergi tuisyen UPSR. Satu sahaja yang kita pikir, “aiyo… UPSR je pon… budak-budak…”.
Berbekalkan keputusan PMR, kita berjaya mendapat tawaran ke SBPI/MRSM. Alhamdulillah… cikgu-cikgu dan kaunselor-kaunselor bertauliah telah memberi penekanan yang hebat mengenai kepentingan peperiksaan SPM. SPM akan menentukan masa depan kita sebagai seorang yang berguna kepada bangsa, agama, dan negara. Di saat itu, SPM matlamat utama dalam hidup. Hancur SPM hancur lah hidup betul ke? Ke tak betul? Ke macam mana? [hahaha.. sory sistahs.. cant help myself]. Pada masa yang sama, ada seorang adik tingkatan 3 datang nak minta tolong ajarkan subjek math. Dalam hati kita berbicara, “aduyai… math PMR simple je… aku nak addmath SPM ni, lagi dahsat. Haih… budak-budak…”.
Lepas itu, kita melangkah masuk ke alam pengajian tinggi [walaupun x de la tinggi sangat ^_^]. Ada ke university, ada ke matrikulasi, ada yang ke program persediaan [contohnya, International Baccalaureate]. Kita belajar pulun habis-habisan sebab nak jadi orang yang berjaya. Memiliki kerjaya dalam bidang professional ataupun x, itu tidak menjadi persoalan. Yang pasti, harus dapat result terbaik untuk dapat kerja yang hebat-hebat bagi menanggung kos hidup yang semakin hari semakin tinggi [lebih-lebih lagi apabila pihak kerajaan sekarang tengah consider nak potong subsidi]. Pada peringkat ini, kita bebas. Bebas buat apa sahaja yang kita nak. Bak kata seseorang, “ISA laa. [Ikut Suka Aku]”. Junior-junior kat sekolah lama minta macam-macam tips dan nasihat untuk score dalam SPM. Kita pun bercakap-cakap la smpai mulut berbuih-buih. Insya-allah.. ada kebaikan untuk semua. Otak kita berbisik kepada hati kita, “adik-adik … ini SPM je dik… benda kecik je pon. IB ni… no word can describe. Haish.. budak-budak…”.
Alam pekerjaan! Doctor, peguam, jurutera, hakim, biotech, domestic engineer [^_^]. Hurm.. alam yang sangat mencabar minda dan fizikal. Apa tah lagi rohani! Kita cari duit siang malam semata-mata nak isi perut yang selalu je bising. Pada suatu hari, selepas pulang dari office… duduk atas sofa sambil pegang remote nak tengok cerita naruto pukul 7 malam. Tiba-tiba kita berpaling pada frame gambar yang terisi sebuah potret kenangan kita dengan sahabat-sahabat semasa masih menuntut ilmu di university dahulu kala. Kita bermonolog, “zaman belajar dlu lagi senang dari sekarang. Tak payah susah-susah nak pikir bagi anak-anak makan, bayar bil, yuran sekolah. Haih… dulu masih lagi budak-budak”.
Saat2 yang x pernah diduga tiba jua. Malaikat izrail datang dan mencabut nyawa kita. Kita Nampak syurga. Kita Nampak neraka. Kita hanya tunggu giliran untuk dihisab amalan2 kita. Sebelum itu, kita Nampak keluarga kita menangisi dan meratapi pemergian kita. Mereka tahu kita tidak akan kembali untuk selama-lamanya. Kita melihat anak-anak dan isteri kita,
“janganlah kamu menangis wahai sayang-sayangku. Aku pergi untuk menemui-Nya. Aku masih tidak tahu di mana perngakhiranku. Syurga ? neraka? Aku bukanlah segala-galanya bagi kamu semua. Tujuan hidup ini bukanlah kerana dunia, tapi kerana akhirat. Aku tidak sedar semua itu selama ini. Apakah bekalan yang akan aku persembahkan kepada Rabb ku nanti? UPSR 5A? PMR 9A? SPM 10A1? IB 45? Degree? pHd? Itu semua tidak ada nilainya di sisi Tuhan ku. Di mana tugas aku sebagai KHALIFAH? Apa sudah jadi dengan tanggungjawab aku sebagai abid [hamba]? Sesungguhnya, semua nikmat dunia yang aku kecapi selama ini hanyalah sementara. Aku terlalu leka mengejar arus pembangunan sehingga aku lupa aku punya Ilah. Aku lemas dalam arus modenisasi yang deras sehingga aku alpa tentang tujuan sebenar aku dilahirkan di dunia ini. Umat semakin parah. Tapi aku masih lagi mampu bersuka ria dengan keluarga tercinta tanpa ada rasa sikit kesal dengan keadaan umat kini. Saudara-saudara seislam kita di Palestine sedang berjuang demi al-aqsa. Tapi aku masih di sini goyang kaki sambil minum kopi bersama-sama clients . Tidak kah aku malu? Aku sepatutnya membantu saudaraku di sana! Anak-anak ku! Bangkitlah berjuang kerana islam!!! Jadilah individu muslim yang akan menegakkan agama Allah di muka bumi ini! Matlamat kita hanya satu, keredhaan-Nya. Anak-anak ku! Sedarlah! haihs... budak-budak.”
Tapi, sekuat mana kita jerit, tinggi mana pitch kita cuba capai… mereka tidak akan dengar. Di saat kita masih lagi bernyawa, mengapa tidak kita katakan sebegitu? Kenapa kita lebih gemar bergelak tawa dari memberi peringatan?
Syed Qutb ada menyatakan dalam muqadimah Fi Zilalilquran [di bawah bayangan al-Quran] pada peranggan ke-4.
Perenggan 4 --> Aku telah hidup di bawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah itu berbangga2 dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita2 kanak2 sama spt pandangan seorang tua kepada mainan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?
Paham ke sahabat2?
bukan sekadar impian kanak-kanak...
2 comments:
tahniah sayangsss..
best2..
good aimi diyana..!!thanks
Post a Comment