salam a'laikum
dialog antara dua orang manusia.
di rumah sebelum keluar ke kelas.
'' kenapa awak bawak biskut sampai dua paket? simpanlah satu untuk hari lain.''
''[senyum]''
![]() |
| sekadar hiasan source |
semasa dalam perjalanan ke kelas.
dilihat dia yang membawa dua paket biskut itu berhenti dan membuka zip beg, setelah melintasi seorang manusia yang duduk seorang diri di tepi jalan sambil memegang cawan plastik berlogo STARBUCKS, meminta simpati. di sampingnya ada seorang kanak-kanak umur dalam dua tahun [mungkin], memeluk tubuh. kesejukan.
''have a snack. [senyum] may Allah show you the rightful path.''
katanya sambil menghulur sepaket biskut kegemarannya itu. menzip semula beg dan berlalu pergi. tanpa menoleh ke belakang.
sahabatnya tercengang-cengang di belakang.
''kenapa awak bagi dia biskut feveret awak? nak makan apa masa lecture nanti? ngantok la kitaaaa....''
''[senyum]''
''awak... dah la dia pegang cawan starbucks. boikot kot!''
''[senyum]''
''awak, mana awak tahu dia islam? pakai scarf tak semestinya islam tau. mungkin sebab sejuk.''
''[senyum]''
''awak! stop smilling and give me some explaination. please...''
suasana agak tegang, perjalanan selama dua puluh minit ke kelas itu masih diteruskan.
tiga jam kemudian. selepas tamat kelas.
dia yang sedang bengang kerana persoalannya tidak berjawap itu, berjalan terus keluar dari lecture hall tanpa menunggu sahabatnya itu. merajuklah konon. [duh~~] sepantas kilat berjalan kaki.
semasa kakinya melangkah entah ke mana-hala-dia-nak-pergi-lantak-dia-lah, tangannya di masukkan dalam poket sweater. ada benda. lipatan kertas. dia buka, baca.
salam alaikum awak, aseefah saya tak explain kat awak. saya takut hati saya tak betul-betul ikhlas. walaupun saya senyum-kambing-kambing tadi, sebenarnya saya tengah struggle untuk membersihkan semula niat saya. saya ingat apa yang saya buat ini, akan menjadi rahsia antara saya dengan allah sahaja. saya nak rasa ikhlas itu. possible ke?hurm.... tapi, kalau mengexplain kat awak akan meredakan ketegangan ini, saya okai aja. hurm... kalau ada rezeki lebih, memang saya akan sengaja bawak makanan lebih dalam beg. tak kisah lah apa-apa pun. asalkan makanan. sebab saya tahu, duit yang saya dapat ini, bukan 100% milik saya. instead of bagi duit kepada diorang, saya rasa lagi seronok kalau diorang dapat makanan terus. sebab diorang mintak sedekah pon sebab nak carik makanan. pasal starbucks tu, siapalah saya nak nilai mereka. itu hanya cawan. mungkin dia kutip dari tongsampah-mana-tepi-jalan. husnu zhon. pasal dia islam ke tidak, saya hanya mengharapkan allah memberikan dia yang terbaik dan dia tahu bahawa ada Dia yang sedang memberikan kebaikan kepada dia. islam atau tidak, saya tak tahu. maafkan saya. pasal biskut feveret itu pulak, saya diberitahu nabi pesan... kalau kita nak bagi sesuatu kepada orang lain, kita bagi bende yang paling kita sayang. dan awak tahu kan betapa saya suke-gile-tak-ingat-akhirat bila makan biskut itu. even awak nak sikit pon saya hesitate nak bagi. sebenarnya, saya nak didik diri saya untuk tidak sayang pada benda dunia. saya tahu saya kedekut. sangat! tapi saya taknak kedekut dah. sebab apa yang kita sedang kejar ialah akhirat. kan? awak, aseefah saya tak dapat explain verbally. harap, ini cukup untuk membersihkan. aseefah.
p/s: nanti ajar saya 3 lectures tadi boleh? asifah. saya tak dapat fokus tadi. rasa bersalah sangat dengan awak. rasa malu sangat dengan allah. sebab tak mampu beri yang terbaik.
terhenti di tepi jalan.
Dialah sebaik-baik penyusun. sehebat-hebat perancang.
ditakdirkan allah, dia berada betul-betul bertentangan dengan peminta sedekah pagi tadi. sedang memeluk anaknya. dia melihat wanita itu meminta-minta daripada para pejalan kaki. tapi tidak dilayan. anaknya menangis. kelaparan, mungkin. wajah ibu tenang.
si ibu itu mengeluarkan sepaket biskut yang sudah dibuka. tinggal separuh kuantitinya. [anggaran saja] disuapkan ke dalam mulut anaknya. anaknya diam. makan dengan seleranya. cebisan-cebisan biskut itu jatuh ke lantai. si ibu mengutipnya dan dimakan. betapa dia menghargai makanan. walaupun mungkin harga biskut itu hanya 1.69 euro. T_T
teguran direct daripada Dia.
tunduk. tangis. insaf.
terkedu lidah. terhenti nafas. [ok, bernafas balik, nanti hypoxia pulak -_-'']
perjalanan pulang ke rumah diiringi tangisan dan muhasabah.
p/s: buat dia; jazakillah kerana berkongsi cerita. moga ini memberi manfaat kepada semua. aseefah kalau jalan cerita macam terover sikit. hehehhe. alhamdulillah, subhanallah. Dia memang hebat dalam mentarbiyah kita kan? ^_^
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
.jpg)
No comments:
Post a Comment