Sunday, May 27, 2012

allah sayang. tak perlu marah.

salam a'laikum.

jangan marah...

biarpun seribu tomahan dan cercaan dihumban ke muka kamu, 
jangan marah...

sabar.

nabi pesan, ''senyumlah walaupun kamu disakiti''.

memang setan akan kipas-kipas tiup-tiup fuhfuhFUH~~~ api kemarahan dalam hati kita. tapi... alangkah indahnya hidup seorang hamba allah, kalau hasutan setan itu kalah dengan air mata kita menahan sabar.

banyak lagi benda dan perkara untuk kita marahkan. pencabul hak saudara palestina kita. pembunuh durjana saudara syria kita! mereka yang patut kita marah kan! mereka yang patut kita tumpas kan! 

aib kita dibuka di hadapan orang, sabar ya. 

kerana, mungkin mereka tidak tahu itu sebenarnya aib kita.
mungkin mereka tidak tahu pun kita sedang sakit, pabila kisah kita diperkatakan.
mungkin mereka tidak berniat pun untuk mendedahkan kita kepada api neraka kerana marah atas perkara yang kecil.
simple, mereka tidak tahu.

jadinya, kenapa kita nak marah? senyum dan istighfar.

boleh jadi, allah menghantar mereka, memperlakukan begitu... kerana dosa-dosa kita yang terdahulu. mungkin kita pernah buat perkara yang sama pada orang lain. Dia ingin mendidik. kerana Dia sayang. bersangka baik pada Dia. 

astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah...

dulu, nabi pernah tunaikan solat dekat kaabah. dalam perjalanan pulang, baginda dibaling lumpur oleh mereka yang membenci dakwah baginda. T_T sesampainya baginda s.a.w. di rumah, anaknya  sedih melihat keadaan ayahnya itu. fatimah r.a berkata,

''ya allah, siapa yang sanggup buat begini kepada ayahku?''

baginda menjawab,

''jangan bersedih wahai anakku, sesungguhnya Allah bersama-samaku.''

ok, pengsan! nabi kene baling lumpur still boleh cool dan bergaya sambil berkata ''sesungguhnya allah bersama-samaku''. kita? yang hanya berlawan dengan perasaan sendiri? huhuh... menangis sekarang. hurmmm [muhasabah]

kamu, jangan marah ya. tak hensem! ^_^

MARAH. burukkan? -__-''

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...