bila kita seronok, kita ketawa.
di saat kita gembira, hati akan berbunga2.
ketika senyuman terukir di bibir, segala2nya indah belaka.
tapi,
ketika air mata membasahi pipi, hati kita remuk keciwa.
tatkala keseorangan meratapi nasib diri, kite mengeluh penuh hiba.
sedang hanyut dilambung ombak kegelisahan, kita tidak tahu ke mana hala tuju kita.
sahabat,
seseorang itu akan benar2 meredhai ketentuan Allah apabila kegembiraan menghadapi musibah sama seperti kegembiraan menerima nikmat.
Allah berkata2 dengan kita,
"dan [ingatlah] ketika Tuhanmu memaklumkan, "sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah [nikmat] kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari [nikmat-Ku], maka pasti azab-Ku sangat berat."
[surah ibrahim,14:7]
"agar kamu tidak bersedin hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu..."
[surah al-hadid,57:23]
tapi sahabat2ku,
pernahkah kite tersenyum apabila ditimpa kesusahan?
adakah ucapan Alhamdulillah membasahi bibir pabila Allah mentakdirkan air mata kesusahan mengalir?
pernahkah?
hari ini, setelah berhari2 saya cuba mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan di hati... Alhamdulillah.... dengan hanya mendengar ayat2Nya... hati saya tenang. duka hati ini yang selama ini saya simpan, terubat akhirnya. ya Allah, syukran ya ALlah kerana mempertemukan aku dengan kak Yana dalam usrah petang tadi.
Allah sudah pun berpesan,
"wahai manusia! sungguh, telah datang kepadamu pelajaran [al-quran] dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."
[surah yunus, 10:57]
"dan janganlah kamu [merasa] lemah, dan jangan [pula] bersedih hati, kerana kamu paling tinggi [darjatnya]. jika kamu orang yang beriman."
[surah ali imran,3:139]
everything is in the quran. ya allah, besarnya nikmat yang Kau berikan ini, kesempurnaan kitabMu, al-quran.
allah adalah Rabb, Malik, dan Illah kita. he created us! our heart and soul belong to Him and only Him.
sahabat2 ku, kalian tahu x kenapa surah an-nas diturunkan kepada kita?
analoginya, kalau kat kelas... cikgu selalu je panggil nama kita. kita rasa apa? seronok kan? rasa dihargaikan? rasa macam kewujudan kita kat ddalam kelas tuh mmg x sia2. same goes to this surah. surah an-nas... manusia. sahabat2, allah turunkan surah manusia, surah special untuk kita... sesungguhnya, allah sangat dekat dengan kita and sangat lah sayang dekat kita. tapi kita sedar x? kita ada hubungan yang sangat indah dengan allah kalau nak dibandingkan dengan makluk2 ciptaanNya yang lain. kita adalah khalifah dan 'abid. hebat kan ?!
hanya pada Allah sahaja kita berharap. tika susah dan tika senang. saat kita tersenyum dan saat kita mengalirkan air mata. tapi kadang2 perasaan malu terhadap Allah menguasai diri. kenapa? bayangkan... kita hanya solat 5 waktu sehari semalam. solat bace surah al-fatihah je. solat sunat? entah lah, kadang2 je bila rajin. puasa sunat? isnin and khamis cukup la. quran, mathurat? lepas solat je, itupon kalau sempat bace 1 page sehari. sedekah? duet elaun x cukup nak derma. qiam? nak dekat exam baru baut habis2an qiam... berkat2. sahabat2, macam2 alasan kan kite buat when it comes to Allah's commands. kalau kite buat pon, ala kadar sahaja.
tapi!
kite mintak macam2 dari Allah.
1. ampunkan dosa [diri, parents, sahabt2, cikgu2, umat islam].
2. panjankan umur.
3. murahkan rezeki.
4. permudahkan jalan ke arah kejayaan hidup dunia n akhirat.
5. masukkan ke dalam syurga dan jauhkan dari azab neraka.
6. kebahagiaan.
7. kekayaan.
8. terangkan hati untuk terima ilmu pengetahuan.
9.
10.
11.
...
...
...
..
....
...
...
x larat saya nak tulis. banyak sangat yang kite mintak. tapi Allah mintak sikit je dari kite,
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah] bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi[segala perintahKu] dan hendaklah mereka itu beriman kepadaKu agar mereka sentiasa berada dalam kebenaran."
[surah al-baQArah,2:186]
sahabat2, berimanlah dan penuhilah perintah Allah. allah sayang kat kite. Allah tahu betapa dahsatnya azab siksa nerakaNya. that is why Dia suruh kita ikut perintah dia. untuk? SYURGA. kampung kita. tempat asal adam dan hawa. tempat asal kita!
alhamdulillah, akhirnya saya mampu untuk publish entry ni. beberapa entry sebelum nih x mampu sya publish sbb terasa kekosongan yang amat sangat. insya-allah kita sama2 menigkatkan tahap keimanan kita kepada pemilik hati kita ini.
p/s: fell in love again, with you, Allah.