Wednesday, October 5, 2011

washing machine

salam a'laikum.

alhamdulillah.

beberapa hari awal saya di dublin telah memberi satu sinar harapan baru kepada saya. yang mana sinar itu tidak saya hargai [gile-gile] semasa di kmb dahulu. insha-allah ini adalah permulaan baru bagi saya. yang mana masih lagi mentah atas jalan ini.

awal-awal lagi, saya sudah diuji. [oh, sungguh stress!] almaklumlah... nak suaikan diri dengan suasana dan masyarakat yang baru, bukan mudah rupanya. [selama ni poyo je bajet hebat. hehehehe].

ujian itu bukan datang sekali. tapi bertubi-tubi. [oh lagi stress]. tapi... alhamdulillah, setelah bermuhasabah dan berfikir ''apa allah cuba bagitau saya?'', stress itu sudah berkurangan dan saya mula melihat perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya dari sudut yang berbeza, yang lebih positive, yang lebih membahagiakan. [oh, serius bahagia apabila ingatkan diri sendiri: keberkatan... jangan stress-stress... allah kan ada.]

pembersihan hati dan niat itu sangat penting dalam usaha mencari redha-Nya. sia-sia la der... kalau kite buat macam-macam perkara best dan bahagia tapi end up tak ada apa-apa nilai pada pandangan allah.

mujahadah itu sakit der. tak tipu!! betul!! tapi... percayalah kesakitan itu yang akan buat kita jadi lebih superpower dan terus berlagak hebat untuk menjadi yang terhebat dalam usaha mencintai allah sepenuh hati, sepertimana allah cinta [SANGAT] kepada kita. come on la der... tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. kita ni hamba allah. [[menampar diri sendiri][ ouch]

tajuk 'washing machine'  itu adalah kerana hati ini sedang melalui beberapa siri pembersihan yang mana dah tersangatlah kutur. pembersihan yang diharapkan dapat membuatkan hati ini layak untuk memperjuangkan agama-Nya. insha-allah. pembersihan secara total memerlukan usaha yang total. [oh, ini susah. tapi siapa kata tak boleh buat?? ]

keyakinan bahawa Dia tidak akan uji kita tanpa kemampuan kita untuk berjaya dengan cemerlang, menjadi salah satu sumber kegagahperkasaan saya di sini. setiap ujian itu, ada sahaja bantuan-bantuan supersaiya yang dikirim bersama-sama. cuma, kita nak nampak atau kita nak tutup mata, pekakkan telinga. pilih saja.

ok bai, nak pegi kelas. assalamualaikum.

ingat, pandang cermin... sila senyum dan kata... '' ya allah, hemsemkanlah perbadi dan akhlak aku sepertimana Engkau telah menghensemkan rupa parasku ''.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

2 comments:

Unknown said...

aimi...aimi...aimi... x sudah2 ngn hensem~ tapi auni nak doakan hang jadi canteq dan jelita boleh?? haha [sila jangan geli]

budak said...

tergelak bace baris2 akhir tu =.=

slmt2. moga bersih dicuci Dia :)

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...