Saturday, October 15, 2011

kamu datang dan pergi begitu saja

salam a'laikum.

post kali ini berkait rapat dengan satu perkara yang sangat penting dalam usaha kita mengejar cinta agung. iaitu perasaan cinta itu sendiri. [wah! ini sungguh macam erkh...]


pernah dengar tak tajuk ni? ini lirik lagu sinetron kat astro prima, tajuk apekebendentah. tak ingat. hurm...ok tak ada kaitan.

bismillah ar-rahman ar-raheem

kita katakan ukhuwah kerana Allah. tapi kita sedar tak apa kita cakap itu? dahulu, masa zaman muda-muda dulu, saya ingat lagi... kalau minta biodata kawan-kawan, at the end of the biodata mesti ada tulis... 'ukhuwah fillah abadan abadaa'.  saya macam... apakah? apakah ukhuwah fillah itu? dengan kejahilan yang ada, saya pun gunakanlah juga ayat itu dalam kehidupan seharian tanpa faham apakah erti empat perkataan tersebut.

hendak dikatakan bahawa allah itu sememangnya sayang kepada hamba-Nya, Dia telah merancang takdir saya dengan penuh kasih sayang. [takdir semua orang pon]. kejahilan saya itu sedang diketidakjahilkan [erk, ada ke?]. maksudnya, sehabis baik Allah cuba memberikan saya kefahaman tentang apa dia ukhuwah fillah itu. 

acapkali saya tersungkur tatkala ditarbiyah oleh allah berkatian perkara ini. sekali dua ujian, masih belum cukup untuk mencairkan hati yang serba keras ini. ego yang begitu tinggi sering kali menjadi punca masalah kegagalan untuk berjaya dengan cemerlang dalam tarbiyah. tapi, yang seronok dan bahagianya ialah, tidak kiralah berapa kali pun ujian yang sama datang... tidak kira betapa semakin dahsatnya ujian itu... saya yakin bahawa Dia tidak akan membiarkan saya terkapai-kapai seorang diri. ada sahaja bantuan supersaiya yang dikirimkan. sehinggakan membuat saya mampu tersengih luas-luas seorang diri sambil berjalan pulang ke rumah [apakah?].

''saya sayang kamu kerana Allah''.

ayat yang begitu dalam maksudnya. hanya mereka yang betul-betul memahaminya akan merasakan betapa berat ayat ini. [nak bajet dah faham la konon... heheh tak jugak.. masih dalam proses].

sayang kerana allah itu... akan betul-betul allah uji, sama ada betul ke tidak kita sayang sahabat kita itu kerana Dia. manusia ini merupakan makhluk paling compleks. setiap daripada mereka akan ada satu perkara yang akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup kita. [ewah....]

pernah terdengar kata-kata ini,

'' allah akan menghantar seseorang kepada kita sehinggakan kita nampak siapa diri kita yang sebenar''

mungkin Dia pertemukan kita dengan sahabat yang betul-betul sayang tahap gaban tapi... tiba-tiba kita kehilangannya dalam kemalangan di litar go kart.

mungkin Dia pertemukan kita dengan seorang sahabat yang amat berbeza [jauh berbeza!] daripada diri kita yang mana kalau kita kenalnya sebelum kenal tarbiyah... alamatnya memang komfem aku-kata-baibai, tapi setelah kita ditarbiyah kita mampu menerimanya seadanya bahkan membenarkan diri untuk berubah sedikit sebanyak semata-mata sayangkan dia kerana Allah suruh. [perubahan yang positif la der!]

mungkin Dia pertemukan kita dengan sahabat yang tidak pernah kita kenal sebelum ini, kalau jumpa tepi jalan komfem setakat senyum-senyum kambing je lah. tapi kita sudah mampu menangis dan meleleh-leleh hingus kepadanya tatkala diri merasakan diri begitu tidak superpower untuk menghadapi ujian allah...  [der, dah kata... setiap ujian itu allah akan hantar backups!]

mungkin Dia akan pertemukan kita dengan seorang yang memang seperangai dengan kita sehinggakan membuat kita begitu bahagia apabila dikurniakan pertemuan itu. hidup ini rasa complete bahagia tahap mokhsya sebab seberapa peliknya perangai kita, kita tahu... kita tak pelik seorang diri. [ahahha, kamu pelik!!!]

mungkin juga Dia akan memberi peluang kepada kita untuk mengetahui bahawa ada wujudnya manusia yang berfikir lebih kurang dengan cara kita fikir. sebab cara fikir kita pelik dan tak sama macam orang lain. and allah hantar manusia sebegitu rupa untuk pujuk hati ini bahawa... memang kamu pelik, tapi kamu bukan seorang sahaja yang pelik. [heheheh]

ada baaaaaanyak kemungkinan lagi yang mana kita tak dapat nak bayangkan pun. 

rasa begitu bahagiakan apabila kita dapat merasakan perasaan-perasaan awesome ini. nak lagi seronok?? meh baca ni, lirik lagu Allah Knows by zain bikha.
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows 

kalau boleh nak satu dunia tahu betapa bahagianya hidup kitakan? sebab kita nak semua orang pon merasakan kebahagiaan yang sama. berRelationship kerana allah itu seronok dan bahagia. sebab, anything happens kita tahu itu adalah ketentuan daripada allah. [hurm... garu dagu sambil angkat kening sebelah...]

tapikan...

satu perkara yang kita harus sedar, yang saya sedang belajar gigih untuk sedar bahawa suatu hari nanti manusia akan pergi. manusia akan mati. kita akan ditinggalkan atau meninggalkan. dan pada tika itu, tipulah der kalau saya kata ''orang gagah macam saya tak meleleh okayh!''. [hurm... fikir kerut-kerut kening]. tipulah, sebab setiap hati manusia akan ada satu ruang yang mana dia akan merasakan sedih tatkala ditinggalkan seorang diri. tak kiralah dia itu semacho kakashi ke, segagah the rock ke, sehebat sun-goku ke... akan ada ruang itu. ini berdasarkan pemerhatian saya lah. kalau salah harap maaf [sukatiakulahnakcakapapa. sengih]

sekiranya saat itu tiba, maka pujuklah hati, pujuklah perasaan untuk terus sedar dan kekalkan kewarasan akal serta kepoweran iman dengan penuh keyakinan bahawa Allah tak akan sesekali meninggalkan kita. biarlah semua manusia awesome dalam hidup kita pergi jauh tinggalkan kita, tapi yakinlah bahawa Allah takkan tinggalkan kita. Dia sentiasa memerhatikan kita dan melindungi kita. [kita je yang tak sedar diri] dan Dia tak akan biarkan kita rasa sedih frust menonggeng seorang diri. insha-allah, yakin bahawa allah itu sayang kita, senyum dan senyum.

lagi pun,  katanya ''ukhuwah fillah'', ukhuwah itu adalah berpaksikan Tuhan yang ar-rahman ar-raheem. ya kita akan sedih. rasa hidup macam ''oh dunia dah tak ada ruang lagi dah untuk aku'' [sangat poyo dan lansung tak kool kalau siapa-siapa berfikiran macam itu] tapi, Allah tahu kita tengah sedih. maka mengadulah kepada-Nya. sebab Dia rindu mendengarkan rintihan kita yang berpanjangan. ye lah, dah konon-konon berukhwah fillah.. Tuhan pulak dilupakan ye..??!! [tampar, aduh!]

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

 
it is a cycle. people come and go. but real sahabats stay. where? here [iman].
setiap detik dan saat saya di sini, ingin saya lakarkan seberapa juta puluh ribu ratus pengajaran hidup dan pengetahuan tentang agama saya, hidup saya, 'keluarga' saya. [keluarga di kampung, ai miss yu] untuk berada lima tahun di sini [insha-allah], memerlukan kekuatan yang luarbiasa. kekuatan yang hanya akan hadir dengan redha-Nya. ini matlamat saya, setiap perkara yang saya buat, setiap langkah yang saya ambil, setiap nafas yang saya hela, setiap ukhuwah yang terjalin, dan setiap pengorbanan yang direlakan hanyalah semata-mata ingin menagih redha-Nya. saya sangat mengharapkan agar perasaan ini kekal. [berdoa]. mungkin perlu print out post ni dan tampal merata-rata. heheheh...

amatlah terkena chidori hatake kakashi apabila diri diingatkan kembali tentang sirah rasulullah yang mana, baginda juga ditinggalkan. oleh bapanya, ibunya, datuknya, isterinya, ayahsaudaranya, anaklelakinya. sebab mulut ini pernah berkata sesuatu yang tidak disangka-sangka [jahatkan saya?] hanya kerana tidak faham erti ukhuwah fillah itu dan membenarkan api kemarahan menyelubungi emosi. [oh, jangan emos]. hidup ini senang je der, kamu buatlah apa-apa pun, fikirlah apa-apa pun... everything will end up dengan... Allah kan ada. [sengih] well, this was what i learned lah. and i want to keep on learning. [belajar itu coolkan?]


sesi pembersihan hati atau saya lebih suka panggil sesi ''washing machine''. perkara in merupakan perkara paling significant pada diri saya sekarang. hati ini sedang dibersihkan. niat sedang diluruskan. buat semata-mata kerana redha-Nya. hey kamu! [kamu tahu siapa kamu], saya cinta kamu kerana Allah. ok bai. assalamualaikum.

jadinya, tajuk post ini ''kau datang dan pergi begitu saja''... bukanlah bermakna kamu tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada saya. takdir allah bukan permainan. ciptaan manusia bukan permainan. perasaan hati manusia bukan satu permainan. [eh, tiba-tiba macam mesej personal pulak. hadeh... lepuk kepala]. apa-apa pun. kamu datang dan pergi. tapi kamu tak pernah tinggalkan saya sendiri. [ewaaaaah!!!!].
insha-allah, ini sahaja. panjang kan? maaf, dah lama tak menulis. lepas gian. hehehehe...


The one who speaks to the others is speaking to oneself.

4 comments:

mustapha syuhada said...

assalamualaikum...

cik mimi.. ;(.. aku rasa cam nak datang bilik kau sekarang..... :(

Tawazun said...

Adakah anda maksudkan, anda rindu saye? (^_______^).. rindu belog ini...

dekatsangatkot said...

ehem ehem..statement yang kedua tu mcm faham sangat jeeee....

SAYAAAAAANNNGGG AAIIIMMMII!!
;p

Unknown said...

:) comel! mcm ai~ :P

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...