Wednesday, August 17, 2011

pudar ilham kutanpa arah, ya allah.

salam a'laikum.

beribu bintang di langit kini menghilang
beraba aku dalam kelam
rembulan mengambang kini makin suram
pudar ilham kutanpa arah.

sedetik "wajah-Mu" muncul dalam diam
ada kerdipan ada sinar
itukah bintang ataupun rembulan
Alhamdulillah kuucapkan.

rasa hilang itu bukan sia-sia.
puas saya mencari cinta itu kembali.
puas saya mengadu dekat Allah supaya kembalikan perasaan itu semula.
puas saya mohon kepada Allah agar izinkan air mata ini mengalir seperti dulu.

baru saya teringat,

"Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan"

Dia bukan ingin menyeksa jiwa raga, tapi Dia cuma merindui rintihan hati saya. Dia cuma ingin mendengar saya menangis-macam-budak-kecik-hilang-bantal-busuk kerana rindukan Dia. perasaan kehilangan itu bukanlah satu permainan tapi satu ujian untuk membersihkan hati ini.

kerana semua yang berlaku, ada sebab. terima kasih Allah. this is the best ramadhan present.

^_^ [senyum]... Allah.

1 comment:

Tawazun said...

Harap-harap da dapat balik bantal busuk and puting susu..(ada unsur israeliyat ke??)

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...