salam a'laikum.
kita manusia tak pernah berjaya dengan cemerlang untuk menjaga hati kita sebaik-baiknya kan? ada sahaja masalah-yang-tidak-diundang akan menjadi penjajah-tak-bertauliah. hati kita akan jadi macam mereng+sakit+senget untuk suatu ketika. ada sahaja "suatu ketika" itu ambil masa dua jam, mungkin 5 minit. tapi ada juga sampai berhari-hari, minggu-minggu, bulan-bulan, dan BERTAHUN-TAHUN. huish.. masalah betul!
bila kita rasa hati ini dah suci berseri serta bebas dari jangkitan kuman, kita berkata kepada diri sendiri.
"huh~~ Hati, sila jangan ulangi kesilapan yang sama. kesilapan itu sesungguhnya sangat tidak membahagiakan saya dan kamu."
tapi.. kenapa lama kelamaan.... kita akan ulang juga kesilapan itu. stress betul!
hasad dengki...
"waaa.... dia ada beg merah baru... ai pon nak satu jugak!"
tak puas hati...
"alaa... dia dapat offer dari uni tu sebab ada orang dalam la tuuu..."
khianat...
"siapla kau... nanti aku bakar rumah kau sebab tak bagi aku pinjam pembaris kau tadi."
riak...
"oh, biasalah... aku kan pandai lagi bijaksana sebab tu aku tahu 1+1 = 2. duh~~ "
sombong...
"erh, kau ni siapa? do ai know yu?" [padahal itulah satu-satunya kawan yang nak kongsi lunch masa sekolah rendah dulu-dulu]
putus asa...
"inilah nasib badan... nak buat macam mana lagi... aku dah malas nak usaha lagi. buat penat je!"
dan macam-macam lagi.
jadinya, macam mana perkara sebegini-kurang-bertamadun boleh berlaku?
hurm... tatkala hati ini tidak diisi dengan cinta dan rindu serta peringatan tentang cinta teragung kita iaitu, Allah... maka syaitan akan datang berlepak dan berkelah serta beriadah sesuka jiwa raganya di hati kita.
bila kita dah terlupakan Allah, mula lah kita rasa dunia ini tak adil. kita akan mempersoalkan kenapa orang itu dapat macam itu, kita tak dapat pon.
bila kita dah mengkaburkan hati kita dengan cinta dunia, mula lah kita nak komplen pasal ketidaksempurnaan diri ini. "why hidung ai ni tak mancung macam hrithik roshan hah?"
semua perkara ini terlahir secara sengaja mahupun tidak atas sebab kita sudah mula melupakan siapakah Tuhan kita.
![]() |
| yang mana satu kita ya? |
cuba tengok gambar ini.
kalau gelas itu kosong, tak ada air, udara akan mengisi gelas itu. betulkan? samalah dengan hati kita. kalau hati ini tidak dipenuhkan dengan Allah, maka hati itu akan dipenuhi dengan panahan-panahan syaitan. kalau hati kita separuh penuh sahaja dengan Allah, maka separuh lagi akan dipenuhi oleh syaitan, lah!
selalunya, masalah ketiadaan Allah dalam hati ini timbul apabila kita ada banyak masa yang berlopong-lopong. maka dengan itu, masa tersebut tidak digunakan dengan super saiya untuk kembali kepada Allah. malah, masa tersebut dikhianati oleh kita dengan dibuang begitu sahaja... berangan nak jadi kaya [tapi tak berusaha pun], fikir pasal kemewahan dan kebahagiaan orang lain, sibuk stalk facebook orang [last-last dia yang frust menonggeng sebab orang buat profile private].
padahal, banyak saja benda lain yang boleh dibuat. baca quran beserta maknanya, pergi lawat orang sakit, bagi kucing kat belakang rumah makan, tengok awan berkepul-kepul sambil nyanyi puji-pujian kepada Allah, khatamkan buku-buku fikrah yang dah dibeli tapi masih clean and clear, dengar nasyid [tapi please bukan nasyid pasal cinta manusia ya. stress saya dengar nasyid macam itu, cinta islamik la konon. sorry okay! there is only satu cinta sejati iaitu cinta Allah! and all others cinta come from Him], mathurat baca 3x [bukan senang nak dapat baca 3x kat KMB tu kan?], nyanyi asmaulhusna sambil buat kek cokolat, dan macam-macam lagi.
pokoknya, sila buat apa-apa sahaja yang kita mampu untuk memadatkan hati kita ini dengan kalimah Allah, dengan cinta Allah. hurm... Allah memang dah lama cintakan kita. Dia Maha Pengasih Maha Penyayang kan. ar-Rahman ar-Raheem. kita ni saja yang tak sedar-sedar diri... belum tibakah masanya untuk kita cintai Allah sepertimana Dia cintakan kita?
prevention is better than cure. sila lah prevent hati kita daripada sakit. bila dah jatuh sakit, memerlukan effort yang super untuk sembuhkan dengan izin Allah... jagalah hati jangan kau kotori.
satu perkongsian, kadang-kadang kita rasa hati kita ini dah busuk hitam buruk sangat... sampai kita rasa malu nak kembali kepada Allah. saya faham. hati ini juga sangat susah untuk dijaga. perasaan begitu juga selalu menghantui saya. tapi insha-allah selagi mana nyawa masih dikandung badan, pintu taubat masih terbuka luas. diri ini sendiri masih berusaha untuk membersihkan hati yang sudah sekian lama terjatuh dalam lumpur yang busuk dan kutus.
bulan ramadhan ini, marilah kita ambil kesempatan atas ketidakhadiran "penghasut hati" untuk berusaha membersihkan hati kita. supaya dalam 11 bulan yang akan datang, hati kita akan kebal dan bebal serta tebal daripada ditembusi oleh bisikan-bisikan halus yang siki-sikit menarik kita ke neraka jahanam. ayuh!
cinta dunia dan kemewahan tak ke mana bro! cintailah Allah, insha-allah everything will be okay.
segala yang berlaku adalah ujian. masalah hati pun adalah ujian. hasutan syaitan pun adalah ujian. yang penting, kita harus yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Allah itu tak akan menzalimi kita. sebab Dia saaaaaaaaaaaayyyyyyyaaaaaaaaaang kita. [senyum sampai telinga].
terimalah,
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

1 comment:
kuasa hati :)
jom bersihkan!
Post a Comment