Tuesday, October 19, 2010

ma fi qalbi ghairullah

Salam alaikum.


Alhamdulillah….


Sebahagian kekusutan hidup IB sudah pon berjaya saya selesaikan. Hari ini genap sebulan saya merasakan bahawa, sepanjang saya bernafas di KMB ini, saya tak sempat luangkan masa sedikit pun dengan diri saya. Apatah lagi dengan orang lain. keluarga sendiri? hurm… sahabat? Even roommate. Sedih kan?


Pulang ke bilik hanya untuk melepaskan penat dan lelah. Lepas itu, back to business. sedih kan?


Seronok sangat bila dapat cross out perkara-perkara dalam to-do-list. Menandakan bahawa banyak kerja yang telah berjaya saya selesaikan. Sedih kan?


Habis test math hari isnin [semalam], terus sambung dengan preparation board exhibition, “Little Women Christmas”. Ini adalah salah satu perayaan yang semakin dilupakan di Ireland. Pelajar Year 2 yang mendapat placement di IUMC [insya-allah], diberi “peluang” untuk mengambil bahagian dalam International Fair pada tahun ini. Hal ini demikian kerana International Fair merupakan program untuk pelajar-pelajar Year 1. Malam pun kerja-kerja menghias board diteruskan. Sedih kan?


Kenapa saya kata sedih?


1. saya kata saya kurang luangkan masa dengan diri, keluarga, sahabat. Apa yang lebih menyedihkan ialah masa saya dengan Allah semakin berkurangan dimamah IB.


2 saya kata saya pulang ke bilik hanya untuk berehat sebentar kemudian sambung kerja. Apa yang menyedihkan saya ialah apabila teringatkan ayat 7 dan 8 surah al-insyirah.


Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,

maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.

Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.


Allah nak sampaikan pesan-Nya bahawa, lepas kamu dah selesai dengan urusan dunia… maka teruskan lah dengan urusan lain. yang mana urusan tersebut merujuk kepada pengabdian diri kepada Allah. Dah penat-penat bekerja untuk dunia, luangkanlah masa kita [which is not really ours sebab MASA ITU MILIK ALLAH] dengan Allah. Quality time dengan Allah. Kerana pada masa inilah kita nak bebaskan diri dari segala penipuan dunia, kesibukan IB… dengan mencari dan memperoleh kelapangan dan kesenangan hati.

Sibuk sangat dengan IB, sehinggakan lepas selesai urusan dunia… saya teruskan “perjuangan” di alam mimpi sahaja.


  1. Saya kata banyak kerja dalam to-do-list berjaya saya selesaikan. Apa yang sedih ialah kerja-kerja saya di "jalan" ini, masih elok tertulis tanpa ada sebarang gangguan. Yang dah selesai, kerja DUNIA. [saya tak tahu kenapa saya geram sangat dengan perkataan D U N I A]. Apakah saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan sempurna? As if "tujuan hidup"...

4. saya kata kami mengambil bahagian dalam pertandingan pameran. Semangat mencari info-info berkaitan. Gali sedalam-dalamnya dari internet. Sanggup search sampai lewat malam, tersengguk-sengguk pun sanggup. [of course terus lelap depan laptop]. Tapi kenapa sedih? Kerana masa-masa yang selalu saya peruntukkan untuk membaca buku-buku fikrah mahu pun membaca blog-blog yang mendekatkan hati saya dengan cinta Allah telah dicuri oleh Little Women Christmas. Saya sedar, saya yang masih lemah dalam membahagikan masa saya. Itu sedih.


Sesungguhnya dunia ini hanyalah senda gurau!!!!

Dalam gembira mungkin terselit duka.

Bibir tersenyum hati terluka.


Dengan manusia, kita mampu untuk menyembunyikan kegelisahan, kekusutan dan keserabutan hidup dengan hanya berlakon menjadi ceria dan saya-orang-yang-tak-bermasalah-yeay!. Tapi dalam hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksanya keadaan hamba-Nya yang lemah ini. Betapa rindunya hati ini kepada Allah. Betapa tingginya harapan untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan Allah. Betapa banyak perkara yang ingin diadukan kepada Allah. Betapa saya perlukan Allah.


Saya betul-betul terkesan dengan KULSEM [kuliah sepuluh minit] oleh seorang akhowat tadi. Dia berkongsi lagi yang dinyanyikan oleh Sami Yusuf, Hasbi Rabbi.


Ma fi qalbi ghairullah

[tiada lain dalam hatiku selain Allah]


Adakah benar tiada lain selain allah dalam hati saya sekarang ini? Susah kan? Kamu-kamu macam mana

?

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...