Monday, September 6, 2010

bertukar!


ramadhan ini jadikanlah madrasah [sekolah] untuk kita menjadi manusia dan hamba yang lebih baik daripada sebelumnya.

paling lekeh pon, kalau sebelum ini kita tak pernah kisah nak kutip sampah di sepanjang laluan perjalanan kita... apa kata, kita mulakan dan amalkan UNTUK SELAMANYA!!!

sahabat saya berkata,
berakhirnya bulan ramadhan, berakhirlah bulan kemunafikan.
hurm.. apakah?
maknanya sepanjang ramadhan ini kita sekadar berpura-pura lah ya?
sekadar H I P O K R I T ? [uhuk~~berdesing telinga mendengar perkataan ini]
hurm... apa-apa perkara yang nak menjadi amalan kita, memang lah kena dimulakan dengan kehipokritan yang teramat sangat. sebab apabila sudah menjadi kebiasaan, amalan-amalan itu akan menjadi satu ketagihan buat rohani kita.

ketagih? hah! bayangkan kalau penagih dadah yang salah gunakan dadah. ketagihannya tahap melampau. cuba kita pula yang menjadi penagih. ah-ha!!! jangan salah paham. kita nak jadi penagih kasih sayang Allah. kita akan buat apa-apa sahaja yang Allah suka semata-mata nak rasai cinta Allah. kita sanggup tinggalkan keseronokan DUNYA semata-mata nak dipandang oleh Allah. kita rela dihina dan dicemuh masyarakat, asalkan kalimah cinta Allah itu dapat dikongsi dengan semua orang.

tadarus, tadabbur, solat sunat rawatib, solat terawih, sedekah, solat dhuha, qiam, zikir, dan sebagainya. masa bulan ramadhan ini, raaamaaii yang baik-baik. pijak semut pun, semut tak mati siap boleh buat shuffle lagi [erk.. apakah? out of topic.] lepas ramadhan? hurm... macam mana ye? soalan ini ditujukan khas buat diri sendiri yang sememangnya amat pelupa dan kurang kesedaran diri.

amat sedih kerana bulan 'kemunafikan' ini akan berakhir.
tapi, adakah dengan berakhirnya ramadhan, kita perlu berhenti menjadi penagih cinta Allah?
ah! tidak!

kalau dulu-dulu, berpuasa sebab dijanjikan seringgit sehari.
kalau dulu-dulu, berpuasa dan beribadah sebab ustazah cakap dapat pahala.
kalau dulu-dulu, berpuasa dan beribadah sebab inginkan syurga Allah yang tersangatlah best.
tapi sekarang, berpuasa dan beribadatlah kerana dambakan cinta Ilahi.

Sunday, September 5, 2010

derita,

salam a'laikum...

setelah beberapa hari saya mencari.
mencari dan mencari.

alhamdulillah, saya ketemu jawapannya.

saya pernah persoalkan, ketika iman ini tahap err.. x ada tahap... futur2.
"Ya Allah, kenapa semua ini terjadi pada aku?"

ujian, dugaan, cobaan.
itu semua memenatkan. hati ini sudah tak mampu nak menghadapi apa-apa halangan lagi.

kerana kasih sayangNya tidak ada sempadan.
kusutan dalam kepala dan hati saya terjawap.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
[asy-syarh, 94:5-6]

kenapa saya perlu persoalkan sedangkan Allah dah janjikan kesenangan ada bersama-sama kesusahan? astaghfirullah... teruknya saya. lepas itu, bertubi-tubi Allah beri jawapan kepada saya. saya terdengar lagu Rahmat Ujian oleh Mestica.


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


hanya yang terpilih sahaja akan mendapat rahmatnya. setiap ujian membuktikan Allah mengasihi hambaNya setiap masa. seandainya diri ini mendapat ujian, akanku panjatkan setinggi2 kesyukuran kepada Allah kerana Dia memilih diri yang hina ini dalam kalangan berbillion-billoin hambaNya di muka bumi ini.

Allah rindu mendengarkan rintihan dan tangisan hamba ini. benar... sudah sekian lama air mata ini mengalir bukan kerana takutkan Allah, tetapi kerana kesusahan hidup dan kesempitan hidup yang dihadapi di dunya ini. ya Allah, sekiranya tidak Kau jentik hati ini untuk kembali sedar bahawa diri ini semakin jauh dari cinta-Mu, sudah pasti... tidak akan kurasai nikmat hidup bernafas sebagai seorang hambaMu ya Allah. tidak akan kurasai kepuasan mengadu-domba kepadaMu ya Allah. tidak akan kurasai nikmatnya merasai cintaMu ya Allah.

segala apa yang berlau pada diri ini seharusnya diterima dengan hati terbuka. walau tersiksa, pasti ada sebab di sebaliknya. kerana...

"Sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah..."
[an-nisaa', 4:40]

... 4 hal yang telah ditentukan sebelum Allah mengutuskan malaikat meniupkan ruh kepada kita, yakni: rezeki, ajal, amal, dan sengsara atau bahagianya...
[h.r. Bukhari dan Muslim]

Allah telah menetapkan takdir diri ini dengan penuh kasih sayang. Dia Maha Pengasih Maha Penyayang. adakah takdir-takdirNya hanyalah semata-mata ingin menyiksa hambaNya? tidak.. Allah tidak aka menzalimi diri ini. segala takdirnya adalah yang terbaik untuk diri ini. kerana Allah adalah sebaik-baik penyusun. dan siapa lagi yang dapat membantu meleraikan kekusutan dalam diri ini kalau bukan Dia, sebaik-baik penolong. ingatlah, janji Allah itu pasti.

banyak-banyak sabar ya.

*ramadhan dah nak pergi, syaitan-syaitan dah nak lepas. kita sudah bersediakah?

Saturday, September 4, 2010

tired

salam a'laik..

susah kan kalau kita nak ikut permintaan SEMUA orang?
orang ini nak kita buat macam ini.
orang itu nak kita jadi macam itu.

sampai satu tahap saya pikir,
lagi bahagia bila saya ikut permintaan and perintah Allah.
kenapa perlu saya ikut kata2 orang sedangkan kata2 Allah saya tak dapat nak penuhi 100%?

saya penat.
saya tak nak ikut cakap orang lain lagi.
saya penat.
penat.
itu je.

Sunday, August 29, 2010

ar-rahman

Saturday, August 28, 2010

hati ini; DIA yang tahu

hati ini rasa rindu sangat kepada Allah.

dah lama tidak ku alirkan air mata kerana rindu pada-Mu.

mendengar laungan imam,

maa likiyaw middeen....

Yang menguasai Hari Pembalasan

terasa bergetar hati ini Ya Allah.

bila kah akan kutemui-Mu ya Allah.

tapi, layakkah diri ini?

sungguh hati ini ingin terus mencintai-Mu

O Allah, ai miss YOU!

mereka sahaja?

apabila seseorang berkata-kata tentang islam,
mereka gelar ustaz.

apabila seseorang memberi peringatan tentang kiamat,
mereka panggil ustazah.

apabila seseorang menyuruh kepada kebaikan,
mereka kata alim ulama'.

apabila seseorang cuba mencegah kemungkaran,
mereka cakap tok imam.

apabila seseorang berbicara mengenai pembebasan palestine dan masjidil aqsa,
mereka kata extremist.

apakah islam tidak mengajar kita semua tentang kebahagiaan hidup fiDdunYa waL akhirah?
hanya ustaz, ustazah, tok imam, alim ulama' sahajakah yang meneruskan perjuangan junjungan besar Nabi MUhammad s.a.w dan para sahabat?

di mana umat dirahmati Allah?
di mana?

kenapa sekarang kita seperti terhina?
kenapa?

bukankah Allah sudah menjanjikan syurga buat kita?

tapi... boleh kah kita masuk syurga Allah dengan amalan kita setakat ini?
boleh kah kita masuk syurga Allah dengan mulut kita yang berat untuk memberi peringatan?
dengan telinga kita yang tersumbat untuk mendengar kalimah cinta Allah?
dengan mata kita yang kabur dek nikmat dunia?
dengan tangan kita yang tidak digunakan untuk jihad fisabilillah?
dengan kaki kita yang melangkah bukan ke arah rumah allah setiap kali azan berkumandang?
dengan hati kita yang selalu diisi dengan cinta, tapi bukan CINTA ALLAH?
sekarang, masih berani lagikah kita mengatakan kita akan masuk syurga?

"ketahuilah bahawa Allah sangat keras siksaan-Nya dan bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[al-ma'idah, 5:98]

khalifah dan a'bid.
tujuan hidup kita semua.
tapi kita tahu tak?

ini bukan tujuan hidup ustaz, ustazah, tok imam sahaja
tapi kita semua.

tak kan lah mereka sahaja dapat masuk syurga?
kita pon naknak syurga kan?
x kira la kita ini rockers malaya ke, mamak jual roti canai ke, cashier kaunter ke, penjual rantai emas ke, pemborong kurma ke, tukang lipat sejadah kat surau ke, pakar IT ke, agen topup ke...
itu tidak memisahkan kita dengan tanggungjawab kita sebagai
A'BID dan KHALIFAH.

Wednesday, August 25, 2010

bila kah?

dugaan x pernah akan henti selagi mana masalah itu belum selesai.

Monday, August 23, 2010

wisdom is painful


sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku.

ya allah, sesungguhnya, hanya Engkau yang tahu betapa beratnya menanggung beban kesakitan gigi ini.

WISDOM TEETH.
teeth not tooth!
2 of them.
ya allah.
ampunkan dosaku ya allah.

hish... ini baru sakit siket. bayangkan Rasulullah patah gigi dalam Ghuzwah Uhud.
topi perang baginda pecah hancur.
lutut baginda calar.
bibir bawah baginda berdarah.
sakit.

sekarang, saya nak cakap gigi saya ini sakit?
jauh beza kesakitan gigi ini dengan keperitan perjuangan Rasulullah.

ya allah, sampaikanlah salam aku kepada Nabi Muhammad s.a.w.

O Lord, send salutations upon Muhammad.
and upon the Family of Muhammad.
O Muslimin, send salutations upon him

Saturday, August 14, 2010

sahabat; jannah sani

Hari ini, sudah 2 bulan lebih saya melalui kehidupan di IB, di KMB tanpa kamu.

Saya masih ingat waktu kita mula-mula kenal.

Masa orientasi.

Allah takdir, Saya terserempak dengan kamu dekat DS. Masa itu, kamu tak kenal saya lagi. Tapi, apabila saya senyum dan lambai dekat kamu, Kamu berikan senyuman yang sangat ikhlas sebagai balasan. Saya sangat seronok dan saya doa dalam hati untuk kenal kamu lebih dekat.

Allah sememangnya Maha Mendengar. Saya terlintas dalam hati sahaja doa itu, tapi… Dia kurniakan saya persahabatan dengan kamu di M09B.

Saya selalu datang kelas awal. Orang first! Yeay! Tapi, setiap kali saya lalu koop pagi2 tu, mesti koop tak buka lagi. Jadi, bila saya dah sampai kelas, saya telefon kamu mintak tolong belikan; satu kotak soya marigold + 1 roti sedap harga singget. Lepas itu, saya akan tunggu kamu datang untuk saya penuh kan perut dengan breakfast. setiap hari kamu akan belikan untuk saya. Ohaiyo!!! Itu yang kamu sebut bila kamu masuk kelas. Pernah saya cakap, “cuba lah bagi salam assalamualaikum siket.” Tapi kamu senyum saja.

Saya ingt lagi malam yang kita pergi interview untuk GNCC. Lepas result interview keluar, kamu kata kamu tak dapat jadi ahli GNCC. Saya pun pelik juga, sebab saya rasa kamu lagi layak daripada saya. Rupa-rupanya Allah tahu kamu lebih sesuai berada dalam ISAC. Kamu jadi naib president ISAC.

Kamu seorang yang sangat bersemangat. Masa minggu maulidurRasul tahun ini, kamu semangat sangat ajak saya masuk kuiz. Malam itu, kita buat kuiz sama-sama. Search info kat internet. Baca artikel kat board. Tanya orang ini, orang itu. Lepas itu, kita nak hantar borang jawapan, tapi tak tahu nak letak nama siapa. Nama saya, atau nama kamu. Akhirnya, kamu kata

“ha! Ape kata kita gabung nama nak, aimi?”

Maka dengan itu, nama kita berdua digabungkan. Esoknya saya hantar borang itu dekat kelas M09E. saya bagitahu kamu yang kita adalah orang pertama yang hantar. Jadi, peluang untuk menang insya-Allah ada. kamu senyum. Dah nama rezeki, hari majlis penutup minggu maulidurasul… nama gabungan kita dipanggil oleh MC untuk terima hadiah kuiz tempat pertama.

Aimi Jannah binti Ahmad Rokis

[aimi diyana ahmad rokis + nuruljannah ahmad sani]

Saya pernah cakap dengan kamu,

“satu hari nanti, kita nak pakai tudung labuh macam jannah.”

Kamu tersenyum. Saya tahu, dalam hati kamu tak henti-henti berdoa untuk saya kekal dengan niat saya. Insya-allah, one day.

Kamu memang seorang sahabat yang baik dan mengambil berat perihal sahabat-sahabat yang lain. Tatkala saya menghadapi masalah, dan tidak ada siapa yang sedar akan kewujudan masalah itu, kamu senyap-senyap cuba mencari jalan penyelesaian. Kamu tak bagi tahu saya pun. Alhamdulillah, allah telah menghantar kamu kepada saya dan menjadi wadah kepada saya untuk mengurangkan keegoan diri yang menggunung ini. kamu buat saya lebih menghargai sahabat-sahabat saya kat sekeliling saya.

kamu ada bagi saya stosken warna oren. stosken itu ,kakak kamu poskan dari mesir. sampai sekarang saya jaga stosken itu elok2.

Saya ingat lagi masa nak exam sem 2. Kamu, saya, seha puasa sunat. Lepas itu, awak selalu iftar kat bilik saya. Sebab kamu tak suka buka puasa seorang2. Seha buat air manis. Tapi tak manis sangat sebab tak ada gula. Esoknya, kamu datang untuk iftar lagi tapi kamu bawa sebekas nutella diisi dengan gula. Kamu tahu tak? Sampai sekarang bekas itu atas locker saya. Kita beli ais sama-sama petang itu kat café sebelum berbuka sebab rasa dahaga sangat. Saya tanya kamu nak air apa sebab saya nak belanja, tapi kamu selalu cakap.

“jannah tak kisah.”

Ada satu hari saya marah dekat kamu sebab kamu selalu cakap kamu tak kisah. Tapi, baru saya sedar sekarang… sebenarnya, kamu redha dengan apa yang dipilih dan apa yang berlaku.

Kalau orang lain, pagi-pagi ada "orang special" yang telefon untuk kejut bangun. Nak study last minute sebab pukul 8 nanti ada paper. Tapi kalau saya, kamu lah orang special saya. kamu telefon saya pagi-pagi. Kejut bangun qiam dulu baru study. sebab apa? Sebab ilmu itu milik allah. So, mintak berkat dari allah dulu baru lah study.

Masa sem 1, kita satu group untuk IOP malay. Saya, kamu, atin. Kita practice kat bilik kamu. Tapi disebabkan saya memang tak akan berfungsi secara effisien lepas pukul 11.30 malam, saya pinjam bantal kamu untuk baring kejap. Heheh.. tengok-tengok saya tidur terus sebab bantal kamu sedap sangat. Tapi hari ini, bantal itu ada kat dalam bilik saya.

Lepas saya kenal dan faham apa itu islam, allah izinkan saya untuk lebih dekat dengan kamu. Apa-apa yang saya tak faham, saya tanya kamu. Apa-apa yang saya musykil, saya carik kamu untuk meleraikan kemerengan saya. Secara tak lansung, kamu memberi tarbiyah kepada saya tentang keindahan islam.

Masa dekat tasik dayang bunting, kita naik bot kayuh-kayuh tu sama- sama. Kita borak pasal keluarga masing-masing. lepas tu, kita cerita pasal impian masing-masing sambil melihat indahnya alam ciptaan Allah. Kamu nak sangat pergi Ireland. Kamu ajak saya pergi ireland jugak. Saya masa itu tak tahu lagi nak pergi negara mana, tapi yang pasti saya tak nak pergi UK. Saya tak tahu sebab apa. Kita kayuh bot tu sampai penat. Biar rm20 kita invest kat tasik tu berbaloi.

Itu semua dulu-dulu. Sekarang kamu telah berada di tempat yang lebih baik untuk kamu.

Memang saya redha dengan takdir Allah. Tapi kadang-kadang rasa rindu dalam hati ini sukar dibendung. Tanpa saya sedar, kadang kala air mata saya mengalir. Saya cuba kawal. Saya cuba kuat. Tapi… perkara-perkara yang berlaku sejak kamu tiada sehingga ke hari ini, membuatkan saya berasa amat lemah tanpa kamu di sisi. Suara kamu saya rindu. Senyuman kamu saya rindu, nasihat kamu saya rindu. KAMU saya rindu.

Setiap kali saya pergi surau, saya harap sangat dapat tengok telekung kamu dan dengar kamu mengaji kuat2.

Setiap pagi ke kelas, saya harap sangat ada orang yang dapat belikan soya dan roti untuk saya.

Setiap pagi buta, saya harap sangat handphone saya berbunyi sebab sahabat saya telefon kejut qiam.

Setiap kali iftar kat bilik, saya selalu harap bukan saya dan seha sahaja.

Setiap kali saya ada masalah, saya selalu harap ada senyuman yang mampu memadamkan kegelisahan hati ini.

Ya allah, sesungguhnya aku amat merindui jannah-Mu.

Sebelum kamu pergi, kamu sudah tinggalkan kesan yang mendalam dalam hati-hati kami.

Alhamdulillah, allah buka hati saya untuk isi borang placement; universiti kat ireland. Dan sekali lagi saya bersyukur, allah permudahkan jalan saya untuk ke ireland. Kamu tahu tak? Azrina, imah, farah, aishah, asilah, shakinah, nasrah pon dapat kat ireland. Kita semua insya-allah akan ke sana. Tapi tanpa kamu di sisi kami. tapi kami yakin , kamu sentiasa dalam hati-hati kami.

ramadhan kali ini, kami sambut kemuliaannya tanpa kamu ya jannah. memang terasa ada ruang yang tidak terisi dalam hati ini. tatkala berkumpul satu kelas, saya rasa sedih. sebab tak akan pernah complete. sampai bila-bila. saya pun tak tahu sama ada saya ada peluang untuk menghabiskan masa sapa dalam bulan ramadhan ini atau tidak. dan saya pun tidak tahu sama ada saya ada pelunag untuk berjumpa dengan ramadhan seterusnya atau tidak. jadi, saya akan fulfill ramadhan ini sebaik2nya. insya-allah.

Sampai kini, air mata saya tidak henti. Saya tahu tak baik menangis. Tapi saya sedih, saya rindu sangat dekat jannah. Semoga allah mencucuri rahmat ke atas kamu wahai sahabat. semoga syurga yang dijanjikan Allah itu menjadi milik kamu.

Al-fatihah~~

man yuridullah hu khairan, yufaqqihu fiddeen.

salam a'laik...

syukran jazilan kepada kak *a*a, kini saya sudah selamat sampai ke rumah. yeay!
alhamdulillah....

sepanjang perjalanan dari bangi ke serdang, saya rasa saya semakin dekat kepada Allah. setiap butir kata-kata yang lahir dari mulut kami berdua, moga-moga mendapat keredhaan daripada Allah swt.


"akak, saya selalu berdoa agar saya x kembali kepada aimi yang dahulu."

apabila teringatkan balik saya yang dahulu, saya sangat bersyukur saya kenal dan faham islam di kmb. ya allah, memang benarlah kata-kata pesuruh-Mu,

man yuridullah hu khairan, yufaqqihu fiddeen.

jika Allah inginkan kebaikan pada seseorang, maka Dia akan memberinya kefahaman dalam agama.

kita tidak akan dapat merasai keindahan dan kemanisan iman, sekiranya kita tidak pernah berada dalam kegelapan jahiliyah.

dalam bulan ramadhan ini, saya semakin merasakan betapa hebatnya cinta Allah itu. setiap yang berlaku pasti ada sebab. tidak ada satu pun yang menjadi K E B T U L A N. there is no such thing as kebetulan.

segala-galanya telah ditetapkan oleh allah sebelum kita lahir lagi. dan ingatlah bahawasanya Allah menulis takdir2 kita semua dengan penuh kasih sayang. segala yang telah allah putuskan untuk hamba-hambanya adalah yang terbaik umtuk mereka; pada saat itu+di tempat itu+dikelilingi oleh orang itu. itu yang terbaik. tidak wajar sekiranya kita persoalan takdir allah. kerana telah jelas trang tang tang, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. namun apa yang haruS diingat, pada masa yang sama, Allah juga Maha hebat AZAB-Nya.

selagi hayat dikandung badan, teruslah mencari keredhaan-Nya. berjuanglah kerana cinta-Nya. jadikan syahid di jalan-Nya satu matlamat kita. insya-allah...

saya berasa sangatlah rugi kerana masa form 1-5 saya tidak belajar subjek pendidikan agama islam dengan hati. hanya sekadar menghafal untuk peperiksaan. sekiranya kita sedar, sebenarnya buku-buku teks agama itu semua tersangatlah complete untuk memahamkan kita tentang islam. cuma... sistem kita, exam oriented... amat merugikan! selepas habis paper agama, poooffft!!!! semua dah hilang entah ke mana.

tapi yang telah berlalu, biarkan berlalu. muhasabah diri sentiasa. niat kena sentiasa perbaharui. kita kan hanyalah manusia biasa. hati ini selalu berbolak balik. sentiasa lah berdoa agar allah memegang hati kita di jalan ini. insya-allah.. ^_^

ya muqallibal quluub

thabbit qulubana a'la deenik

wa a'la to a'tik

wa a'la jihadi fi sabeelik.

innaka ni'mal maula wa ni'mannaseer


open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...