Friday, August 13, 2010

tika ramadhan, aku jatuh cinta.

salam a'alaikum...

salam ramadhan kareem!!!

today, just now...

saya telah
jatuh cinta
sekali lagi!!!

dengan Allah.

Dialah ar-rahman dan ar-raheem
betapa Dia tidak mahu saya terus futhur....
peringatan secara direct Dia kurniakan kepada hambaNya yang hina ini.

nikmatnya Ramadhan^_^

Friday, August 6, 2010

ai quit!!


apakah?

a second ago, i felt like quiting this IB thingy and all of the stuff related to IB.
the environment, the people, the assignments, the hecticness, the bla bla bla...
nothing that i tried to do seems working.
i'm done with these.
i'm done with all of them.
i'm done!
i just want to go home.
where there is no MASALAH mereng like this.
home home home!!!
RUMAH!!!


but then,
it solves nothing.

i think that i will stop.
stop quiting!
ah-ha!
i want to quit quiting!

do you hear me out loud>?!!!!

Tuesday, August 3, 2010

rehat sudah. harus KEMBALI!!!

[hanya sekadar hiasan]

salam a'alaikum.

hurm... baru sahaja selesai membaca entry seorang sahabat.
keadaan kini memang saaaangggaaat penat.
pikir ini, pikir itu.
buat ini, buat itu.
sampai satu tahap di mana saya ambil keputusan untuk stop.

tapi macam saya selalu pesan kan...
stop kejap sahaja. just untuk tarik nafas dan refreshkan niat.

dua hari lepas, setelah saya menghadapi satu hari yang amat penat dan membebankan hati dan perasaan, [eceh...] [hey, seriuslaaa], saya rasa saya terlalu penat dan terlalu PENAT! [unsur repitisi di situ]. saya ambil keputusan untuk rehat sekejap. as if like beri ruang kepada diri saya dan juga kepada sahabat saya untuk bernafas dan betulkan apa yang tidak betul di kepada dan hati ini.

nak dijadikan cerita, jeng jeng jeng.... saya berniat dan berazam untuk menjauhkan diri buat seketika daripada sahabat saya. so, saya melangkah keluar dari bilik dengan memasang niat,

"kamu dengan hidup kamu, saya dengan hidup saya."

tpi, nak kata Allah itu sangat lah penyayang... dalam masa satu hari, saya telah ditakdirkan untuk beberapa kali untuk berada dekat dengan sahabat saya ini. walaupun hati ini macam rasa nak memberontak sahaja, tapi apabila difikirkan balik,

segala yang berlaku bukanlah satu kebetulan. apa yang ditakdirkan Allah mesti ada hikmah di sebaliknya. mesti ada sebab.

jadi, saya pon memerah otak saya dan juga otak sahabat saya yang lain. [terima kasih sahabat2]. akhirnya, alhamdulillah saya dapat jawapan yang saya tercari-cari selama dua hari ini.

sebab Allah takdirkan kami berada dalam satu kumpulan untuk beberapa kali dalam satu hari, adalaah kerana nak halang saya dari bersangka buruk. sebab apabila saya dah ambil keputusan untuk STOP sekejap, dapat dirasakan hati ini semakin hitam. kurang ketenteraman di kalbu sejak sudah hilang perasaan seronok untuk beruasaha.

tapi, bukan semudah itu Allah nak bagi saya BERSARA dar terus berusaha. no, no, noooo.

so, insya-allah... sudah berlalu masa tidurku. sudah berlalu masa rehatku. kini, aku harus bergerak!

persahabatan tidak dinilai berdasarkan jangka masa kita mengenal dia, tapi nak kata betapa berharganya nilai persahabatan itu adalah berdasarkan seberapa rapatnya kita dengannya dan seberapa dalamnya cinta serta kasih sayang kita kepadanya sehinggakan kita amat mengambil berat tentang dirinya, bukan hanya di dunia tapi hingga ke akhirat. [translated by aimirokis]

sekali lagi saya cakap, saya tidak akan berhenti lama2... ^_^





Sunday, August 1, 2010

tidak akan!


i will not give up.
this is my promise!
i had promised that i will not give up!
do you HEAR me?!
i won't!!!
never ever give up!
read my lips,
i will not give up!

but to what extend?

being in this path,
had taught me to 'berlapang dada'.

so, just take as much time.
even it takes forever,
as long as it is the time that is NEEDed not WANTed.

just that i am afraid that one day i'm going to say,
"huh~so tired, i'm done."

tapi kan,
hurm...
allah yang pegang hati semua orang.
termasuk hati kita.
so, mintalah kepada Allah ye aimi.
bersemangat!
bangkit untuk super duper hebat!!!
yes!
insya-allah.

Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati.
[at-taghaabun, 64 : 4]

i dont know,
but He knows.

Saturday, July 31, 2010

P E R H A T I A N sepenuhnya


salam alaikum.
bismillah ar-rahman ar-raheem.

sahabat ingt tak?
kalimah cinta Allah dalam surah ar-rahman, surah ke 55, ayat 29 - 31.

apa yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. setiap masa Dia dalam kesibukan.
maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?
Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai [golongan] MANUSIA dan jin.

tidak kira betapa ramainya makhluk di muka bumi ini meminta kepada Allah, Dia akan dengar doa kita. asalkan kita meminta kepadanya. allah dah janji yang Dia akan memberi sepenuh perhatian kepada kita. FULL ATTENTION! PERGH! apa lagi yang kita nak minta?! nikmat apa lagi yang kita x cukup?

hurm.. macam mana nak berdoa?

ha, rujuk surah al-baqarah, 2: 186

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

ustaz saya pesan, kalau kita nak berdoa, mestilah dengan penuh rasa takut kepada Allah dan penuh pengharapan. barulah doa kita akan dimakbulkan.

tapi... kena ingat',

apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
apabila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
apabila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
oleh itu, sentiasalah bersangka baik dengan Allah dalam apa jua keadaan pun,
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya.

sebab...

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.
[surah an-Nisaa', 4:40]

bila kita kenal Allah itu,
bila kita faham siapa Tuhan kita,
bila kita sedar kita adalah islam [with small 'i'],
bila kita dah merasai kehangatan cinta-Nya,
alangkah bahagianya hidup ini.




Saturday, July 24, 2010

bangkit!

salam a'laikum....


lama sudah saya tak 'menulis' kat sini kan?
maksud saya, menulis R E M I N D E R.
sudah hampir dua bulan.

atas nasihat seorang sahabat yang amat saya rindui [chik, bukan nama sebenar], allah izin saya kembali menekan2 keyboard ini. insya-allah, saya akan meneruskan perjuangan saya di sini.

syukran jazilan kepada sahabat [wunais] yang telah mengingatkan saya kepada kata-kata saya sendiri.

it is ok to cry.
it is ok to feel depressed.
it is not a crime to sit down for a while. tapi.. lepas itu... kita harus bangkit! menjadi seorang yang super duper hebat!!! tak kan kita nak terus menitiskan air mata sampai bila-bila. tidak! no NO no!!! bangkit!

even, rasulullah pun tak give up apabila dakwahnya di thaif mendapat tentangan hebat dari orang2 thaif. bahkan baginda dibaling batu sampai berdarah2. digambarkan kasut baginda penuh dengan darah, sampai apabila baginda berjalan, boleh dengar kocakan darah. lepas itu, rasulullah buat ape? baginda duduk rehat sebentarkan? S E B E N T A R je. kemudian, baginda bangkit semula dan teruskan perjuangan menyeru manusia kepada Allah.

cuba sahabat2 bayangkan, kalau lah nabi muhammad berhenti masa itu, apa akan jadi kepada kita sekarang ini?

jadi, kita tak boleh rehat lama2. kita kena elakkan meratapi kesedihan lama2. kita harus bangkit. sebab kita ada Allah. kita tidak pernah keseorangan.

sekarang, keadaan semakin super hebat buat saya dan sahabat2 di kmb. cuma saya harus bekerja kuat untuk mengekal kan kesuperhebatan itu, agar tautan hati yang terbina ini tidak akan terlerai oleh masalah hati. saya sayang sahabat2 saya. ^_^

sahabat, i wont stop. i wont back off anymore. insya-allah.



Sunday, July 11, 2010

...

salam a'laik...
saya jarang berkongsi perasaan saya dengan encik blog ini.

seminggu sudah berlalu, namun...
kau masih diam membisu seribu bahasa.
tembok lutsinar yang kamu bina,
semakin hari semakin menebal dan
sehinggakan aku hanya mampu melihat kamu dari sini
dari jauh
tanpa dapat meletakkan tangan aku di bahu kamu
tanpa dapat mendengar rungutan harian kamu

ya allah,
sekiranya benarlah dia Kau takdirkan untuk berada di sebalik
konkrit lutsinar itu untuk selamanya,
aku redha ya allah.
sekiranya benar Kau tentukan persahabatan kami
sampai di sini sahaja,
aku terima ya allah.
sekiranya berjauhan daripadanya adalah yang terbaik buat kami
dengan hati yang berat... aku berkata,
"aku hanyalah seorang hamba".

tetapi aku yakin.
Allah tidak akan sesekali memberi ujian yang tidak mampu
aku hadapi,
Dialah sebaik-baik penyusun.
aku yakin dengan qada' qadar Mu ya allah.
segala yang berlaku pasti ada sebabnya.
tidak ada K E B E T U L A N.

hanya satu aku pinta,
kekuatan
ketabahan
untuk
aku terus melihatnya dari jauh
untuk
aku terus mendengar kebisuan kata2nya
untuk
aku menahan air mata yang tidak putus-putus
mengalir kerana rindu akan sahabatku
yang mana mungkin sudah membuang aku jauh dari hidupnya.
na'uzubillah hi minzaalik...

maafkan aimi, jannah.
usaha jannah,
mengeratkan persahabatan kami,
tidak mampu aimi kekalkan.
x daya aimi pelihara.

untuk aimi belajar bahawa "persahabatan itu tidak ternilai",
allah takdir,
aimi akan dapat pengajaran itu daripada jannah,
daripada detik aimi kehilangan jannah.

aimi pernah berkata,
"saya harap saya tak perlu korbankan sesiapa lagi untuk saya belajar pengajaran hidup yang bermakna ini."

tapi..
betul ke?

ya allah!
sesungguhnya aku teramat merindui Jannah-Mu.

Friday, July 9, 2010

no title

salam a'alaik...

minggu ini merupakan minggu yang paling 'hebat' buat saya. seberapa 'hebat' dugaan datang bertubi tanpa henti. namun, apa yang membuatkan saya masih mampu tersenyum ialah memikirkan bahawa,

"aimi, jangan sedih... sesungguhnya Allah tengah pandang kamu aimi. Dia tak nak kamu lalai dari mengingati-Nya. sebab itu Dia bagi ujian macam-macam dekat kamu, supaya kamu sentiasa dekat dengan-Nya. He knows the best for you aimi."

alhamdulillah.... thank you Allah kerana dalam kesulitan yang diberikan kepada aku, Allah masih mengurniakan aku sahabat-sahabat yang bersama-sama dengan aku ketika susah mahupun senang.

namun, kadang-kala hati ini terasa begitu penat ya Allah.
secara fizikalnya aku mampu untuk bergelak ketawa.
aku masih lagi bergurau senda.
tidak lupa mencari pasal dengan sahabat-sahabat yang rapat.
berkelakuan normal di hadapan orang ramai.
mengukir senyuman yang kadang kala terasa amat hipokrit.
tapi ya allah, hanya Allah sahaja yang tahu.

di sebalik senyuman, gelak tawa, gurau senda...
ada tersembunyi beban yang sudah tidak mampu aku tanggung lagi.
apakah ini ujian dari-Nya untukku?

yang pasti,
hati ini sangatlah merindui sahabatku, jannah.
hati ini juga mendamba kata2 semangat daripada seorang sahabat yang berada di hadapan mata, namun, seperti wujud tembok besar yang menjauhkan aku daripadanya. lagi menyedihkan... aku tidak tahu bagaimana tembok tersebut mampu berdiri gah di situ... adakah salah aku? sekiranya YA jawapannya, maka maafkanlah aku wahai sahabat. sudah tidak terdaya lagi diri ini wahai sahabat.

Monday, May 31, 2010

mereka syahid.

bismillahirrahmanirraheem....
[originally from http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3817]

Kematian mencecah 16 orang, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara

May 31, 2010

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Terdapat juga laporan dari media-media Arab bahawa 9 orang yang meninggal dunia adalah kalangan warga Turki.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin [abg man press] dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)

GAZA.

salam a'alaik ya akhawat wa ikhwan~!

"akak, diorang yang pergi misi kemanusiaan ke Gaza tu, diorang x kena belasah ke dengan tentera yahudi nanti?"

"sudah pasti! yahudi akan buat apa sahaja."

"so, probability diorang x akan selamat sampai ke gaza tu tinggi la?"

"ya. oleh sebab itu, diorang minta kita semua doakan kesejahteraan dan keselamatan diorang. itu yang kita mampu buat sekarang."

"akak, kalau diorang terkorban, mati syahid ke?"

"[sambil angguk]... kalau niat diorang betul kerana Allah dan Rasul-Nya... kerana Islam... alhamdulillah mereka syahid di jalan Allah."

ya allah, tiba2 saya rasa sangat rugi kerana tidak menjadi salah seorang dari mereka. SYAHID DI JALAN ALLAH! tidak ada nikmat lain yang lebih menguntungkan selain ganjaran berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa kita.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...