salam a'alaik...
minggu ini merupakan minggu yang paling 'hebat' buat saya. seberapa 'hebat' dugaan datang bertubi tanpa henti. namun, apa yang membuatkan saya masih mampu tersenyum ialah memikirkan bahawa,
"aimi, jangan sedih... sesungguhnya Allah tengah pandang kamu aimi. Dia tak nak kamu lalai dari mengingati-Nya. sebab itu Dia bagi ujian macam-macam dekat kamu, supaya kamu sentiasa dekat dengan-Nya. He knows the best for you aimi."
alhamdulillah.... thank you Allah kerana dalam kesulitan yang diberikan kepada aku, Allah masih mengurniakan aku sahabat-sahabat yang bersama-sama dengan aku ketika susah mahupun senang.
namun, kadang-kala hati ini terasa begitu penat ya Allah.
secara fizikalnya aku mampu untuk bergelak ketawa.
aku masih lagi bergurau senda.
tidak lupa mencari pasal dengan sahabat-sahabat yang rapat.
berkelakuan normal di hadapan orang ramai.
mengukir senyuman yang kadang kala terasa amat hipokrit.
tapi ya allah, hanya Allah sahaja yang tahu.
di sebalik senyuman, gelak tawa, gurau senda...
ada tersembunyi beban yang sudah tidak mampu aku tanggung lagi.
apakah ini ujian dari-Nya untukku?
yang pasti,
hati ini sangatlah merindui sahabatku, jannah.
hati ini juga mendamba kata2 semangat daripada seorang sahabat yang berada di hadapan mata, namun, seperti wujud tembok besar yang menjauhkan aku daripadanya. lagi menyedihkan... aku tidak tahu bagaimana tembok tersebut mampu berdiri gah di situ... adakah salah aku? sekiranya YA jawapannya, maka maafkanlah aku wahai sahabat. sudah tidak terdaya lagi diri ini wahai sahabat.
4 comments:
assalammualaikum Aimi..apa khabar?? rindu pada Aimi (^_^)...jangan bersedih ye Aimi..pada seorang muslim tiada ada kesusahan dan kesedihan pada dirinya kerana adanya Allah disisi kita semua...syaitan selalu akan cuba masuk ke dalam tali ukhwah antara kita dengan sahabat2 yang lain menyebabkan terbina tembok halimunan di antara hati kita dengan sahabat2...maka pecahlah tembok itu kerana itu hanyalah bisikan syaitan yang membuatkan kita lemah...sahabat yang berada di sekeliling kita adalah sahabat dunia akhirat...di jalan ini..syaitan akan meruntuhkan tautan hati supaya perjalanan dakwah kita terganggu..tapi Aimi bukan itu sahaja.. Allah sangat sayangkan Aimi, kerana Allah tahu Aimi boleh menembusi tembok itu dengan ketaqwaan, kesabaran, keyakinan dan doa kepadaNYA..
akak sekadar boleh melontarkan perasaan dan pandangan akak menerusi pembacaan di entri Aimi ini, dan kalo seboleh-bolehnya ingin balik di KMB dan berjumpa dengan korang semua supaya akak pun boleh sama menyelesaikan masalah2 ini...semoga dengan ujian2 ini akan menjadikan kita sekuat syed Qutb...dan jangan lemah semangat!sayang korang semua..sayang Aimi..fillah
aimi! kuat.. kuat seperti para sahabiah dahulu!!
la takhof.. la tahzan.. innallaha ma'ana..
(jangan takut.. jangan sedih.. sesungguhnya Allah bersama kita!)
hurm..be strong dear..
maafkanlah aimi diyana wahai sahabatnya..
insyaAllah..sahabat sejati itu sangat nikmat rasanya..may Allah bless her friendship..
"mengapakah kamu menyatakan kamu adalah orang-orang yang beriman sedangkan kamu belum diuji"
be strong dear...
Post a Comment