
sahabat2 semua apa khabar?! insya-allah sihat walafiat. cuma saya yang agak kureeng sihat sejak belakangan ni. ade je sakit2. hurm... ini sbb dosa2 saya lah nih. batuk, selesema, jatuh tangga, shut down, dll. tapi... itu bukan topic pada pagi ni.
alhamdulillah, pagi semalam kak alaq dan usrahmates saya dapat berpicnic! sedap2. kak alaq masak mushroom soup. meskipun instant punya, tapi.. terbaik!! hehehe... sambil menjamah rezeki Allah, kami tadabbur surah al-muzammil.
dengan nama Allah yang Maha Pengasih , Maha Penyayang.
surah ini diturunkan di mekah. mengandungi 20 ayat dan merupakan surah ke 73 dalam alquran. apa yang saya faham, ada 5 perkara yang diperintahkan oleh Tuhan kita yang Maha Besar dalam surah ni.
1. Qiamullail.
2. Baca al-quran,
3. Berzikir [menyebut nama Allah]
4. Beribadah kepada Allah dengan sepenuh hati.
5. Bersabar.
ayat ke-7,
kadang2 bila kita sedih kita cari orang terdekat dengan kita kan? tapi kalau asek2 kita cari orang yang sama nak ceritakan masalah kita, x ke ada kemungkinan besar orang tersebut akan rasa macam nak hempuk je kita nih sbb asek2 ada masalah?? berbeza dengan Allah, Dia lagi suka kalau hamba-hambaNya mencari Dia x kira tika senang atau susah. di saat geembira atau sedih. sbb Allah sayang sangat dekat kita. kita sedar x?
apabila kami smpai ayat ke 20. saya rasa sangat sebak. rupa-rupanya Dialah yang sangat memahami hamba-hambanya. meskipun Allah perintahkan kita 5 perkara tadi, Dia masih consider keadaan kita yang sebenarnya hanyalah seorang hamba yang lemah.
buatlah apa yang termampu. Allah just minta agar hanyalah Dia di dalam hati kita. analoginya macam ini. ada satu botol penuh dengan nescafe. bagi saya satu cara untuk isi botol itu dengan air kosong aka air mineral tanpa air tersebut bercampur dengan nescafe. senang aja. buang air nescafe itu, atau transfer nescafe tu ke tempat lain... cuci2 botol itu, and then baru lah masukan air mineral. senang kan?
samalah dengan dengan kita. botol itu ibarat HATI kita. kalau kita nak isi hati kita dengan perasaan kasih dan rindu pada Allah, kita harus buang rasa kasih kita pada yang x sepatutnya. contaminate. lepas da buang, bersihkan hati, barulah senang untuk kita place kan Allah dalam hati kita. kerana dengan hanya mengingati Allah hati akan tenang. Allah x ciptakan manusia dengan 2 rongga di hatinya. hanya satu. hanya untuk Allah.
sahabat2 cubalah baca tafsir surah ke-73 ini. best sangat! insya-allah...
p/s: semakin jatuh cinta kepadaNya.

