Showing posts with label syurga. Show all posts
Showing posts with label syurga. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

dan; pencarian itu tidak akan pernah berakhir.

salam alaikum.

bertarung dengan diri sendiri.

ingin meletakkan Dia yang teratas!

di hati ini hanya ingin ada Dia!

ya Tuhan, bimbing aku, please.

''ALLAH mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan. dan Allah sentiasa mengetahui segala [isi hati] yang terkandung dalam dada.''
[at-taghabuun, 64:4]

apa yang ada dalam hati ini, hanya Dia yang lebih mengetahui. sedangkan saya juga keliru dengan apa yang dirasa. stress pekse mungkin?! argh-itu-alasan-sematamata.

selama ini, pernah merasai perasaan yang sama iaitu perasaan aku-tak-tahu-apa-aku-rasa-sekarang. kosong mungkin? mana mungkin! kalau hati itu kosong, maknanya, tak ada allah! maknanya syaitan akan mengisi!

ya allah, mungkin hati ini sedang takut. takut semakin jauh daripada-Mu.

ingin sekali air mata ini dialirkan.
ingin sekali empangan ini dipecahkan.

tetapi, risau. gusar. air mata itu bukan kerana cinta kan Allah.
khuatir butir-butir air mata itu bukan sepenuhnya kerana rindukan syurga-Nya.
adakah air mata itu bernilai untuk memadamkan api neraka di akhirat kelak?

adakah hati ini benar-benar penuh dengan cinta kepada Allah?
atau sudah mula beralih pada cinta lain. dunia mungkin? [tak nak!!!]

kerana tak mungkin ada dua cinta dalam satu hati!

''Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya;...''
[al-ahzab,33:4]

justeru, saya mengelak daripada membicarakan tentangnya.
bertahan daripada bertanyakan manusia tentangnya.
ingin mencarinya sendiri. ingin merasai semula cinta itu sendiri. walaupun susah. kerana saya yakin, yang susah itulah, kita akan ingat... insha-allah.

sepanjang masa itu, cemburu saya melihat dia yang bicara tentang cinta allah. cemburu saya mendengar kata-kata dia tentang syurga. cemburu! ya! saya jeles! kerana saya mahu rasa itu. saya mahu! saya mahu rasa itu kembali.

sehingga buku ''HATI SEBENING MATA AIR'' oleh Amru Khalid dibaca oleh ahlul bait sebelum solat maghrib ditunaikan.

sehingga seorang hamba 'dikirimkan' untuk menangis di hadapan saya kerana rindukan allah, rindukan syurga.

akhirnya, rela saya biarkan ia mengalir. kerana saya ingin air mata itu betul betul kerana Dia. bukan main-main suka hati nak menangis. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. ya allah, semoga apa yang saya rasa ini adalah benar. benar. benar kerana-Mu.

semua manusia boleh menangis. semua manusia boleh kata dia menangis kerana allah. semua manusia boleh kata dia cinta kan allah. tapi sejauh mana pembuktian?? tidak mahu menjadi golongan yang syok sendiri dalam cinta. katanya, CINTA... cintakan allah... tetapi amal seharian tidak merefleks lansung kata-katanya. 

''katakanlah [muhammad], ''apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? [iaitu] orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. mereka itu adalah orang yang mengingkari ayat-ayat #tuhan mereka dan [tidak percaya] terhadap pertemuan dengan-Nya. maka sia-sia amal mereka, dan Kami tidak memberikan penimbangan terhadap [amal] mereka pada hari kiamat.''
[al-kahf, 18:103-105]

apa khabar... encik Qiam?
apa cerita... encik Furqan?
lama tak dengar celoteh... encik istighfar.
cik sadaqah... sunyi sepi... hurm...
itulah dia, MUTABAAH AMAL. pernah kita bertanya khabar kepadanya?

doakan saya. doakan kami.
perjuangan tidak akan pernah selesai, sehingga islam itu berada di paling atas. sehingga hak Allah untuk disembah oleh semua hamba itu tertunai! si pejuang ini masih mentah dalam memburu redha dan cinta-Nya. doakan saya. ingin terus bergerak, sehingga kaki ini terhenti di dalam syurga.

T_T

kini, hati ini... rindukan syurga. rindukan Dia. [dan saya yakin dengan kata-kata ini.]
Allah.
please redha dengan saya.
ameen...


The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Wednesday, August 10, 2011

budak kecik tak nak pergi terawih.

salam a'laikum.

sudah beberapa hari, Yusrina, kembar Yusri tidak ke masjid untuk solat isya' dan terawih berjemaah. 

"asal Yusrina dah tak gi terawih?" soal Addy dengan nada yang alahai penyayang.

"Imam tu baca panjang sangat la, akak. orang tahan je masa berdiri tu. tahan marah kat tok imam," gomel Yusrina sambil melipat sejadah yang bertebaran di atas lantai.

"Ye ke?" balas Addy sambil mencari-cari idea yang super nova untuk betulkan keadaan yang kurang seronok itu. [sebab pergi masjid ramai-ramai dengan adik-beradik seronok kan?!]

"pastu, panas la..." tambah Yusrina mengemphasizekan ketidakseronokannya ke masjid yang kaya dengan kipas dinding tetapi masih belum kaya untuk menanggung kos pendingin hawa.


Addy masih berhempas pulas berfikir. tegang urat otak nak cari idea. [haha, ini over!]

akhirnya...

"Yusrina, tahu tak kat ahirat nanti... matahari tu sejengkal dari kepala kita?" Addy memulakan jarumnya.

"tahu! cikgu sains orang ada pernah cakap. eee.. panas kan nanti! mesti berpeluh-peluh gile!" 

"ha! betul... segala mak nenek peluh akan keluar. sampaikan kita akan lemas dalam peluh kita sendiri. ala.. macam Yusrina pernah nak lemas masa swimming pool hotel tu," Addy cuba mengimbau tragedi super-dahsat itu.

"yeke? orang tak nak lemas lagi! tak best! tak best!" 

"ha! sahabat akak cakap... siapa-siapa yang banyak sangat berpeluh kat dunia ni sebab dia buat baik, beribadat kat Allah... nanti kat akhirat nanti peluh dia keluar sikit je. sebab dah keluar banyak masa kat dunia ni. so, tak lemas la!" Addy memetik kata-kata sahabatnya yang kini berada di kedah.

"eh, tipu lah. tak nak percaya!" balas Yusrina dan terus berlalu ke bilik.

dua hari kemudian.

di meja makan, sengaja Yusrina mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Addy.

dengan nada yang comel serta perlahan-gile-sebab-tak-nak-mommy-dan-daddy-dengar Yusrina membisik di telinga Addy. [duh~~ bisik kat meja makan, obvious kot!]

"akak, hari ni ni akak tak yah pergi masjid boleh? orang nak solat terawih tapi orang tak nak solat kat masjid. akak jadi imam orang boleh?"

Addy senyum sinis sambil mengangkat sebelah kening.

"tapi akak. baca surah pendek-pendek tau. macam kita dah bincang semalam. start dengan surah paling last kat dalam quran tu. ingat tau!" penekanan diberi.

Addy memberi signal thumbs up.

mereka sekeluarga menjamah juadah berbuka dengan penuh seronok serta bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan. dan si kakak yang sedang berbunga-bunga dengan kesyukuran kepada Allah kerana membuka hati adiknya, senyum dan rasa macam nak menangis terharu-biru. tapi, maintain.. control hemsem di meja makan ya! 

Ya Allah, aku nak masuk syurga. Please.


Rasulullah bersabda bermaksud: “Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu imam yang adil; pemuda yang selalu beribadat kepada Allah; orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid; dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; seorang lelaki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah."; lelaki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya serta seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah
(berzikir) di tempat yang sunyi sehingga mengalirkan air mata." (Hadis riwayat Bukhari).

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Thursday, December 16, 2010

hidup pasti indah, di syurga kelak

location: Dewan Tunku Syed Putra, MRSM Beseri.
time: annual dinner nahwalimtiaz.
Dia membawa cahaya keimanan, di saat manusia lemas dalam kegelapan jahiliyah.


salam a'laikum.

alangkah indahnya hidup ini,
andai dapat kutatap wajahmu.

hurm... pernah saya fikir.

kenapa Allah tak takdirkan saya lahir masa zaman rasulullah?
[huish... memang tak patut persoalkan takdir, tapi... otak.. biasalah]

kenapa saya berfikianr macam itu? huhm... sebab sedang memenuhkan masa dengan membaca dan memahami seberapa banyak seerah baginda. and i was like, "Masha-allah... hebat tahap melampau rasulullah ni!". serius!

para sahabat pula, tak kenal erti penat lelah! sekali lagi, Masha-allah!!! dikatakan para mujahid yang syahid di medan peperangan, badan mereka penuh dengan kesan luka-luka. luka yang dahsat! nak lagi dahsat?!! luka-luka tersebut hanya kelihatan di bahagian hadapan tubuh badan mereka. maknanya? mereka tak berpatah balik pun! tak berpaling ke belakang! terus mara maju ke hadapan menyerang musuh islam. sebab mereka hanya nak satu antara dua iaitu menang ataupun syahid di medan perang dan terus masuk syurga. masha-allah!!! terasa aura kehebatan para sahabat di sekeliling saya tatkala membaca raheeq makhtum [ baru sampai separuh, alahai. tak sabar nak habiskan].

bukan setakat itu, semangt juang para mujahidah turut membakar semangat saya yang dah terbakar ini. tak sangka wujud wanita-wanita hebat begitu. berkorban harta benda, nyawa, anak-anak, dan suami. tetapi tidak iman dan akidah mereka. pergh!! gile awesome! [erk.. maaf perkataan kurang sesuai, tapi sirius awesome!]

huh~~ dup dap dup dap jantung saya sekarang ini. fuh~~ relax.. chill...

itu lah sebabnya saya nak sangat jumpa hamba-hamba Allah yang hebat kerana islam ini. sebab itu saya nak ada masa zaman pembukaan kota mekah. saya nak sangat tengok Nabi Muhammad gali parit masa perang Khandak. saya nak rasai keperitan hidup bersama-sama mereka mempertahankan iman dan akidah walaupun terpaksa bergadai nyawa dan fizikal. saya teringin mendengar... khutbah... khutbah terakhir nabi kita.

ya allah,
aku tak tahu kenapa.
sekarang ini, aku tersangatlah rindu kepada baginda.
aku tidak pernah jumpa kekasih-Mu itu,
namun perasaan yang aku bendung kini,
tidak mampu aku ukir dengan kata-kata.

tapi saya tahu, takdir saya telah allah tulis dengan penuh kasih sayang. ada sebabnya saya dilahirkan pada abad ke-20 ini. selepas 1411 tahun Nabi Muhammad s.a.w. dan umat islam berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. Allah lebih mengetahui kemampuan saya. dengan itu, saya redha. dan saya harap sangat-sangat, [ kalau bella nak main netball ngan para mujahidah] saya nak dengar rasulullah bercerita dan hayati nasihat baginda secara direct masuk dalam telinga saya. saya nak salin nota banyak-banyak lepas itu publish buku kat syurga. [author: mujahidah aimi diyana bintu ahmad rokis. source: directly from Prophet Muhammad pbuh]. biar beribu-ribu almari buku saya publish. macam mana la suara baginda ya? cerita lama-lama pun tak apa. dah lama saya tunggu.

ya allah,
semoga Kau tempatkan aku dalam kalangan orang yang berpeluang bertemu rasulullah di syurga kelak. amin....

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...