Monday, September 3, 2012

final decision; perhaps. insha-allah.

salam alaikum.

"bila ditanyakan kepada kamu tentang hamba, apa terlintas?"

aku diam.
tanya nya senang, namun jawabannya hilang.
mata dia aku tatap.
mengharapkan pencerahan.

dia memulakan cerita.

bila mana kamu boleh marah, tetapi kamu memilih untuk tidak.
di saat kamu mampu mengungkit-ungkit, tetapi kamu memilih untuk tidak.
tika kamu bisa menengking kerana sakit hati, tetapi kamu tidak.
pabila kamu bisa menangis meraung meratapi kerena luka yang lama berdarah kembali, tetapi kamu tidak.

kenapa? kerana kamu hamba. kamu ada Tuhan tempat bergantung.

mengapa perlu marah sedangkan Dia Maha Lembut?
mengapa pula perlu mengungkit, padahal Dia Maha Mengampuni?
mengapa perlu sakit hati, padalah Dia tidak akan sesekali menzalimi?
mengapa perlu meratapi atas luka dahulu, sedangkan itu semua adalah ketentuan Ilahi?

manusia tidak akan selamanya berada di samping kamu.
mereka datang dan pergi, meninggalkan kesan dan memori.
sama ada indah atau tidak,
sama ada pahit atau tidak.

jangan disayangi atas dasar sifat manusiawi,
karena, mungkin tika mana sifat itu tergores, kamu mula membenci.
biarlah rasa itu dikurniakan allah dalam hati,
setelah langkah pertama itu benar-benar bersih tanpa ada unsur kepentingan nafsu sendiri.

dia, kamu, aku.
kita punya persamaan, mahu menjadi hamba.
mahu ketemu Tuhan di syurga.
mahu berubah menjadi hamba yang baik.
mahu hati menjadi bersih.

dalam hati hanya bisa ada satu!
ALLAH
maka ia akan bersih.
pemikiran tertumpu hanya untuk mendapat redhaNya
gelaran RADIALLAHU ANHA

masakan bisa direalisasikan sekiranya separuh hati itu bergelumang dengan keseronokan manusia dan dunia?
lihat diri kamu,
apa sudah kamu lakukan pada hati itu?
mengapa tidak disirami dengan makrifatNYA?
mengapa kamu biar ia diselaputi gelapnya dunia?
mengapa kamu menidakkan bahawa ia sedang tenat?!

kerana kamu merasa seronok, dengan dunia.
seronok menjadi hamba dunia
sedangkan realitinya
kamu adalah hamba DIA!

sudah lah,
cukuplah sudah.
hentikan menyakiti hatimu sendiri, tanpa sedar.
buatlah keputusan,
siapa yang kamu mahu.
dunia atau Dia?

sedangkan kamu mengetahui apa hakikat jawapannya.
maka sekali lagi aku ulang pertanyaan aku,
"bila ditanyakan kepada kamu tentang hamba, apa terlintas?"



dia yang bercerita, adalah monolog. pantulan diri sendiri di permukaan air tasik. kadang kala jauh kita mengembara mencari secebis jawapan, sedangkan jawapan itu tertanam dalam lubuk hati sendiri.

maka, aku ketemu jawapan aku. sebenarnya sudah lama aku ketemu jawapan ini, namun aku menidakkan.  aku sudah jumpa jalan aku dan aku akan melaluinya dengan kudrat yang aku ada beserta kekuatan dari Dia. aku ada Dia, ya aku ada Dia. walaupun aku tidak ada dia. moga Dia simpan dia untuk aku di syurga.

till that day comes, jom gagah kerana Dia. tidak kira bumi mana dipijak, asalkan kita menuju pengakhiran yang sama. syahid di jalanNYA, bertemu di syurga. juga aku mengharap ini bukan angan-angan kosong yang bijak bermain kata, tetapi ini kata-kata yang benar. biiznillah.

moga Dia redha dengan apa aku putuskan.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...