Sunday, June 17, 2012

alfatihah buat uwan, hajah mahanum.

salma a'laikum.

tirai musim peperiksaan pelajar perubatan tahun satu di dublin ditutup oleh para pelajar RCSI. [paling lambat habis pekse -_-''] sehari kemudian, bersiap siaga untuk ke STC, Summer Trainning Camp di Tallymore Forest Park, Belfast, Northen Ireland. aka MUKHAYYAM.

persediaan fizikal dan mental. fuh fuh fuh~~ debar juga menanti tibanya tarikh 2 june 2012. mendengar cerita-cerita kakak-kakak tentang STC tahun sebelumnya, PERGH ganaz! hehehe.... mungkin cuacanya yang sejuk mencengkam hingga ke tulang sumsum [kata seorang sister]. kami, dinasihatkan agar... expect the worst from this camp. hurm... [berfikir].

memikirkan stc akan seperti program-program yang lain. yang mana akan disertakan dengan pengisian yang membasahkan jiwa. ha ha ha [sila baca satu satu] HA Ha ha. ^_^ tidak sama sekali. everything was about practical. no more theory. apa yang kami belajar selama 9 bulan di bumi tarbiyah ini, pada masa itulah diuji. bergantung kepada diri sendiri untuk mengaplikasikan ilmu di dada, pada masa dan tempat yang sesuai. [peluh]

sebelum bergerak meninggalkan KAHFI [rumah best saya], saya mengambil keputusan untuk tidak membawa sebarang alat komunikasi. sebab... camping kot... hurm... jadinya, segala gadjet ditinggalkan di rumah. keputusan itu terbaik lah! alhamdulillah, sebab cuaca di sana sangatlah sejuk yang teramat sangat dan hujan. [betul cakap kakak tu]. tak de nye sempat nak menjaga hp bagai.

astaghfirullah/// satu saja kesilapan. saya terlupa untuk memberitahu keluarga di malaysia tentang keberadaan saya. keadaan begitu kabut selepas exam, tak sempat nak telefon rumah [ok, ini alasan. saya tahu.]

hari pertama hujan, hari kedua panas, hari ketiga panas, hari keempat hujan...

untuk cerita full mukhayyam kami... berbesarhati saya menjemput kamu kamu semua ke blog sahabat saya, hamba.

kerara, apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah apa yang berlaku pada hari terakhir itu.

hari terakhir di STC, semua orang sedang makan ayam bbq. fuh... masih sedap walaupun dah sejuk. ditambah pula, sang hujan kembali melawat kawasan perkhemahan. sejuk... tak tipu.

dalam hujan... semasa dalam perjalanan saya ke khemah nombor satu [bertujuan untuk tambah ayam bbq... hehe lapaaa]..., seorang sahabat memanggil. dan menghulurkan hp nya. 

mesej fb dari kaklong saya. mengatakan sekiranya bertemu dengan saya, minta saya telefon rumah secepat mungkin. kerana sudah usaha untuk contact saya tetapi tidak berjaya. ok, salah saya. tak bawa hp. dan tak inform keluarga tntang pemergian saya. T_T

hati berdebar. tak tipu. berdebar.

menekan skrin telefon sahabat saya untuk mendail nombor rumah. fist attempt, gagal. second attempt, gagal. third attempt... mama mengangkat telefon. alhamdulillah...

salam diberi dan dijawab.

''uwan... she passed away yesterday morning at 10.''

sudah saya agak. itulah beritanya. kuatkan kaki. gagahkan hati. untuk menerima berita itu. bergetar suara saya meneruskan perbualan. perasaan ini ditenangkan oleh mama. katanya,  uwan mesti tak nak kita bersedih, kan?

erk, siapa yang kehilangan ibunya sekarang ni? kompius sudah...

uwan, nenek saya sebelah mama kini berada di sisi allah. saya yakin, dia kini tengah enjoy dalam taman-taman syurga-Nya. mama bercerita suasana hari-hari terakhirnya... 

uwan disolatkan di masjid upm. ramai orang. alhamdulillah. dan dia dikebumikan di tanah perkuburan upm. uwan meninggal kerana menghidapi penyakit blood cancer. pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga di rumah, namun... allah lebih mencintai-Nya. seorang ibu penyayang, seorang nenek yang pandai masak rendang, seorang cikgu mengaji yang tidak jemu mengajar, seorang hamba yang sedar erti kehambaan.

sebak. sebak. sebak. menahan air mata. di tengah-tengah kawasan perkhemahan. hujan turun. tetap turun. membawa air mata sekali air mata, jatuh ke bumi. 

teringat pada kata-kata terakhir saya ketika skype dengannya beberapa hari sebelum saya ke camp site. pada ketika itu, uwan sedang berbaring di atas katil beserta tiub oksigen di bawah hidungnya. mukanya cengkung. tetapi uwan masih senyum melihat cucunya yang sudah berada di ireland.

''uwan, tunggu mi balik tau. nanti, mi jaga uwan.''

namun, kata-kata itu tidak dapat saya tunaikan. Dia telah pergi dahulu. menemui penciptanya.

mama berkata, lepas habis skype dengan uwan tempoh hari... tak henti-henti uwan senyum. mungkin dia menantikan kepulangan saya. dan menunaikan kata-kata saya. tapi... uwan lebih menantikan kepulangan nya ke 'kampung halaman' iaitu syurga.

setelah tamat perbualan, air mata ini mengalir tanpa henti. berjalan ke hutan konon-konon ingin membasuh tangan. sedangkan hanya ingin air mata ini mengalir tanpa disedari oleh orang sekeliling. kemudian, kembali ke khemah sendiri bersama-sama dengan ayam bbq tadi. berlagak seperti biasa.

kumpulkan kekuatan bercerita tentang uwan. sebak, masih sebak. tapi air mata ini ditahan. sahabat-sahabat menunjukkan rasa simpati dan memberi kata-kata yang menenangkan hati ini.

saya senyum. usaha meredhai pemergiannya. 

pulang ke dublin. 
hati masih menangis walaupun luarannya saya nampak cool-lagi-bergaya. -_-''. kerana apa? kerana saya tak mahu orang lain ter affected dengan apa yang saya alami. orang bertanya, ''kamu ok?'' saya jawap, ''insha-allah ok...'' kerana itu yang saya doakan. agar allah menenangkan hati ini. 

kadang-kadang kita terlalu mengetengahkan perasaan sendiri sehingga kita lupa tentang perasaa orang lain. saya tak mahu jadi itu. larut dalam dunia perasaan sendiri. smpai bila nak menyepi kerana sedih? umat di luar sana menanti bantuan. saudara di palestine, syria, myanmar... mereka kehilangan lebih ramai orang yang disayangi. malah kehilangan mereka dalam keadaan yang lebih dahsat! dikelar, dibom, berdarah!!!

kamu... kehilangan orang yang dicintai bukanlah bermakna itu adalah pengakhiran dunia. jangan lah kita ikut drama-drama di television itu. trust me, itu dusta! seorang muslim tak de nak gile menghoyan bila saudaranya mati. sedih sikit-sikit itu okay... but not over. hidup mesti diteruskan. perjuangan mengejar redha allah masih belum selesai. 

uwan, moga uwan berada dalam golongan yang mencintai allah. kerana allah sememangnya mencintai hamba-hambaNya. 

alfatihah...
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...