salam a'laikum.
bismillah ar-rahman ar-raheem.
ingin saya katakan di sini, hati yang terluka tempoh hari, bukanlah sengaja ingin dicanang-canang di blog buat tatapan ramai. [ramai ke yang baca blog saya ini?] apa yang ingin saya kongsi adalah berkaitan ibrah [pengajaran] yang saya peroleh daripada peristiwa tersebut. dan kelukaan tersebut bukanlah disebabkan orang lain, malah merupakan hasil tindak tanduk saya sendiri yang lansung tidak berkait dengan suasana di KMB ini. harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi [eceh!!]
alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang untuk terus menulis dan berkata-kata melalui dunia maya ini dengan izin-Nya. sekadar ingin berkongsi perasaan saya tika saat ini. perasaan ini berbunga sejak hujung minggu yang lalu. dan saya sentiasa mendoakan agar ia terus mekar indah.
sangat indah hidup ini sekiranya kita sedar bahawa, segala yang berlaku pada diri kita, tidak kira kebaikan mahupun musibah, adalah ketetapan daripada Allah. dan yakinlah bahawasanya, Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapi.
baiklah, perasaan yang saya nyatakan sebentar tadi adalah berkaitan dengan kesedaran bahawa saya ini seorang hamba kepada kuasa yang Maha Hebat.
siapakah saya ini?
apakah lebihnya saya berbanding orang lain sehinggakan Allah memilih dan memberi peluang kepada saya untuk berada di jalan ini?
saya bukanlah seorang hafizah, jauh sekali seorang yang pergi berperang jihad fisabilillah.
hanyalah seorang hamba yang hina di hadapan-Nya.
tidak layak untuk dipandang sebelah mata pun.
saya berasa begitu rendah diri dan rasa tidak layak untuk menerima kasih sayang-Nya yang super hebat ini. jika hendak dibandingkan kurnia-Nya dengan perjuangan saya di jalan ini, hati terdetik. "abid, khalifah. sudah sempurnakah tugas aku itu? sudah cukupkah perjuagan aku ini?"
tika sujud pada rakaat terakhir, saya lamakan sujud kerana terasa begitu dekat dengan Allah. bayangkan, Allah yang berada di arasy-Nya di langit yang tertinggi, mendengar tangisan dan adu domba hamba-Nya yang sedang meletakkan kepalanya di tempat paling rendah. betapa sayang-Nya Dia kepada hamba-Nya.
namun, nak dikatakan malu dan hina diri di hadapan allah, lidah saya kelu, hati saya cair, mengenang dosa-dosa yang tinggi menggunung. siapalah saya untuk meminta daripada-Nya? acapkali mulut ini mengata orang lain, acapkali hati ini ingin memberontak, acapkali mata ini tidak menjaga pandangan. hanya air mata yang mampu berkata-kata.
ingin meminta ampun. saya malu dengan dosa.
ingin meminta panjangkan umur. saya malu dengan dosa.
ingin meminta permudahkan urusan. saya malu dengan dosa.
ingin meminta diselesaikan kekusutan otak dan hati. saya malu dengan dosa.
ingin meminta diselesaikan kekusutan otak dan hati. saya malu dengan dosa.
ingin meminta, meminta, dan meminta. saya teramat malu untuk terus meminta.
sujud yang dipanjangkan diakhiri dengan salam pertama beserta;
"Allahumma inna nas aluka ridhoka waljannah"
[ya allah, kurniakan kami keradhaan-Mu dan syurga]
sekali lagi, kerongkong saya bagaikan tersumbat seekor anak gajah. [wow!]. bila kita faham maksud sesuatu ayat itu, kita akan betul-betul merasai getaran jiwa. saya begitu malu untuk meminta lagi. minta dan terus meminta. tidak dapat saya menghabiskan ayat seterusnya untuk salam kedua;
"wa na'uzubika min sakhotika wan naar"
[aku berlindung pada-MU dari kemurkaan-Mu dan neraka]
asif, post kali ini agak panjang. biasalah, perasaan yang terkubu dalam hati ini sudah lama ingin meletop. di saat menadah tangan untuk berdoa, lidah saya bagaikan sudah hilang kemampuan untuk berfungsi. betapa saya seorang hamba yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang telah saya kecapi. tidakkah saya sedar saya ini hamba? hamba bukan kerjanya meminta tetapi memberi!
namun, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. hanya kata-kata kesyukuran yang berjaya dilahirkan dari hati. ya, itulah kata-kata yang dicari selama ini.
ya allah, aku bersyukur kerana masih dikurnakan nikmat eman dan islam.
ya allah, aku bersyukur kerana Engkau meminjamkan kepadaku ibu bapa dan adik-beradik yang sangat mengasihiku.
ya allah, aku bersyukur kerana Engkau meletakkan aku dalam kalangan sahabat-sahabat yang menerima aku seadanya dan menegur seandainya aku tersilap langkah.
ya allah, aku bersyukur kerana Engkau tidak menyekat saluran pernafasanku dan membenarkan aku untuk terus hidup sebagai hamba-Mu untul hari ini.
ya allah, aku bersyukur kerana memberi aku peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan aku pada hari ini.
ya allah, aku bersyukur kerana dipermudahkan temuduga aku pada hari ini.
ya allah, aku bersyukur aku masih mampu berjalan.
ya allah, aku bersyukur kerana memiliki tubuh badan yang sihat.
ya allah, aku bersyukur atas ukhuwah yang Engkau kurniakan.
ya allah, aku bersyukur aku tidak jatuh longkang pada hari ini.
ya allah, aku bersyukur kerana diberi kekuatan untuk terus thabat di jalan ini.
betapa banyak perkara yang seharusnya kita bersyukur. tapi sedarkah kita? mana lagi banyak? kita bersyukur atau kita meminta? tepuk dada tanya iman.
Allah itu Maha Besar, Maha Berkuasa. Dia tidak memerlukan kita, tapi kitalah yang memerlukan-Nya.
"Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu."
[az-zumar,39:7]
tapi tak bermakna kita tidak boleh meminta. mintalah, tapi sedarlah bahawa kita ini adalah hamba, dan kalau meminta daripada-Nya, saya suka memohon agar dijadikan seorang hamba yang bersyukur setiap masa. insha-allah....
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
[p/s: syukran farah, you are my grammar teacher now n forever. insha-allah]
1 comment:
moga Allah memberkatimu ukti.. :)
Post a Comment