Thursday, February 12, 2009

kita bukan siapa kita sangka

Setiap pagi, aku takut untuk membukakan mata aku. Aku takut untuk melihat dunia hari ini. Mana hilangnya kepercayaan? Mana perginya amanah? Lenyap sudahkah sang kejujuran? Apakah sudah menjadi perantau si kebenaran? Huh~ aku hanya mampu mengeluh. Itu sahajalah yang aku mampu lakukan.

Persoalan-persoalan tersebut hanya terbang bebas di udara tanpa ada yang menyahutnya. Meskipun, ayat2 tanya tersebut hinggap di bahu seseorang, adakah dia dapat memberikan aku jawaban? Tolonglah aku, aku butukan jawaban!

Hidup penuh kepura-puraan. Tidak ubah seperti sebuah lakonan. Kita mampu menjadi siapa2 sahaja. Seorang guru? Seorang saintis? Seorang gadis jalanan? Seorang pemuda hingusan? Ataupun seorang kanak2 yang tidak akan membesar sampai bila2? Semuanya bermula dari dalam hati kita.

Hati kitalah yang menentukan siapa kita di muka bumi ini. Otak? Hurm~~ otak hanya memproses apa yang diinginkan oleh hati. Jika bersih hati kita, maka eloklah pentafsiran akal fikiran. Jika busuk hati kita, maka.. astaghfirullah… nauzubillah hi minzaalik.

Kini aku sedar. Dalam dunia reality ini, Kadang kala, kepura2an itu penting. Bukan untuk kepentingan diri. Tetapi untuk kebahagiaan dan kesejahteraan manusia sejagat. Apakah sama cara layanan kita kepada seorang anak kecil dengan cara kita melayan seorang professor university? Adilkah jika seorang ketua dilayan seperti seorang pengemis? Adakah seorang pengemis layak diperlakukan seperti haiwan??? Itu semua harus dijawap oleh hati kita sendiri.

Di hadapan dia, kita begini. Di hadapan mereka, kita begitu. Tidakkah penat mempunyai banyak personality yang berbeda? Seksa? Ya. Seksa. Tapi itu adalah yang terbaik bagi semua. Hanya mereka yang begitu kuat dan kental semangat bakal menempuhi ranjau khidupan ini dengan aman dan tenang. Meskipun, sepanjang mencari pengakhiran perjalanan hidup, mereka terpaksa bertukar2 hati dan perasaan.

Sebenarnya, kepura2an bukanlah sesuatu yang harus dilihat sebagai sesuatu yang jahat, kotor, hina! Jika digunakan dengan betul, kepura2an bukanlah hanya satu perkataan tetapi satu fenomena yang bakal merubah dunia! Cuma manusia yang salah mentafsirkan apa itu kepura2an. Mereka harus menjadikannya sebagai alat untuk menipu dan menyembunyikan hakikat kebenaran.

Fenomena hari ini.. adalah akibat perbuatan dan kesalahan manusia mentafsir segala-galanya!

1 comment:

arlina said...

waah, aimi. benar2 membuka mata kita, haha

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...