Tuesday, January 8, 2013

Dalam d i a m.

Salam alaikum,
Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya.
Tidak pernah.

Tengah study, hafal-hafal.
'Message notification'.
Satu link.

Nak buka, tak nak, nak ke tak nak?
Takut dengan isi kandungan link itu.
Errr...
Hurm.

'Click'

Dengar.

Airmata.

Dalam diam Engkau berbicara kepada aku melalui dia.


Aku ingin hati yang besar sepertinya juga.
Allah.
Alhamdulillah.
Ya allah, kuatkan aku dengan kehadiran hambaMu.
Moga aku juga mampu memberi kekuatan kepada mereka, 
walaupun sedikit.


5:35

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada allah dan carilan wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah dijalanNya, agar kamu beruntung."


The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Monday, January 7, 2013

C a l m

... And the toughs get going. :)

He is al-qawiyy.

Saturday, January 5, 2013

post-PMS

salam a'laikum.

akhirnya kutemui jawaban. alhamdulillah.
[senyum; nangis]

hampir seminggu telah berlalu.
PMS, Perhimpunan Musim Sejuk 2012 di Sheffield. 

di sana, aku melihat jiwa-jiwa yang sedang dahagakan tarbiyah. ruh-ruh yang ingin sangat pulang kepada kuasa terhebat di dunia dan alam semesta, semestinya di akhirat juga. ALLAH s.w.t. tidak pernah aku sangka sebegitu 'hidup' hati manusia-manusia di situ. 

ini adalah PMS aku kali kedua. tetapi, menghadiri PMS bukan sebagai peserta mahupun sebagai seorang adik [seperti yang telah aku lalui tahun lalu] membuatkan aku lebih berfikiran terbuka. banyak benda yang aku belajar. dari semua orang. daripada kakak-kakak uk dan ireland, dan juga daripada adik-adik uk ireland sendiri. masha-allah. sudah lama aku tidak melihat, sinar-sinar wajah mereka yang pertama kali diketuk pintu hatinya untuk mengenal islam. mengenal siapa ALLAH.  mengenal diri dan memahami apa itu 'saya seorang muslim'.

semangat adik-adik yang berkobar-kobar dengan cinta tarbiyah. ramai yang menemui 'turning point' nya ketika dan selepas PMS. begitu juga adik-adik aku. mendengar feedback daripada sisters menjadi fasilitator yang mengendali kumpulan adik-adik aku, panas mata ini terasa. tanpa sedar, air mata aku mengalir. betapa allah jualah yang memegang hati-hati mereka. dan juga betapa Dia mendengar doa yang lintas dalam hati ini sepanjang aku menjadi kakak mereka. mereka ingin berubah. berubah menjadi hamba.

alhamdulillah. thumma alhamdulillah.

meskipun aku agak sibuk ketika di PMS kerana perlu menguruskan hal-hal teknikal, aku gagahkan juga untuk mencuri masa-masa yang ada untuk duduk dan bermuayasyah denga adik-adik aku. untuk lebih mengenali, dan memahami cara fikir mereka. mendengar luahan hati mereka. untuk belajar sesuatu dari mereka. tetapi sering kali aku terpaksa meninggalkan mereka ketika sedang rancak berbual kerana tanggungjawab lain memanggil. saat aku terpaksa berlalu pergi, tidak putus-putus aku doa dalam hati, ya allah bimbing hati-hati kami dalam apa jua cara. 

dalam tidak sedar, sebenarnya aku mula merasakan sesuatu yang pelik terhadap adik-adik aku. yang mana selama ini aku cuba untuk elak dari membenarkan rasa itu masuk dalam hati. debar, risau. risau. risau. mungkin, aku mula rasa sayang kan mereka. dan rasa itu bukan aku yang minta. Dia yang hadirkan. dan aku tidak boleh nak elak kali ini. betul. aku sayangkan adik-adik aku. 

risau. kenapa?

kerana aku takut, rasa itu hadir kerana naluri aku sebagai seorang manusia, sebagai seorang kakak yang sayangkan adik-adiknya. aku tak mahu rasa itu. aku mahu rasa itu betul-betul hadiah dari allah kerana perjuangan yang sama, utk mengejar redhaNya. bukan kerana ''ukhuwah sweet sweet''. bagi aku, ukhuwah itu tidak pernah sweet, kerana akan hadir ujian dan cobaan untuk membersihkan setiap abid. tetapi yang membuatkannya sweet ialah IMAN. keimanan yang tahap mokhsya kepada allah yang akan melahirkan kehangatan ukhuwah yang mampu memelihara kita dari kebekuan musin sejuk ini. allah, tolong pandu hati-hati kami. T_T

takut. kenapa?

kerana aku merasakan akulah manusia paling tidak layak untuk menjadi kakak mereka. betapa diri ini penuh dengan lompong-lompong dosa, karat-karat jahiliyah, lumpur nasfu yang mengotorkan hati. adik-adik aku mampu untuk berlari laju. adik-adik aku mampu menjadi lebih terer dan dahsat daripada aku. adik-adik aku butuhkan pengisian jiwa dan hati yang lebih baik. adik-adik aku perlukan murabbi yang lebih baik daripada aku. takut. aku takut, tidak dapat menunaikan hak-hak mereka. aku takut, diri yang lemah ini menjadi penghalang kepada hidayah yang dapat membersihkan jiwa-jiwa pemuda itu. aku takut, aku menjadi tembok pemisah antara mereka dengan tarbiyah. sehinggakan setiap kali aku berdoa, aku mohon kepada allah, 
''Ya allah, sekiranya tarbiyah mereka lebih baik dengan hambaMu yang lain, maka aku rela melepaskan mereka. kerana mereka punya peluang besar untuk lebih kenal diri Mu.''

aku kisahkan kerisauan aku kepada murabbi aku. 

''akak, adik-adik saya terer sangat. saya takut saya tak mampu. saya takut. akak faham tak takut tu apa?''

murabbi aku menjawap dengan kool.

''doa, aimi.''

ya allah, betul sangat. doa! DOA! the power of dua! subhanallah. astaghfirullah. aku sibuk bermain-main dengna perasaan takut aku sehinggakan aku terlupa satu kuasa supersaiya yang aku ada. yang semua mukmin ada. DOA. sesuatu yang menghubungkan aku dengan allah secara direct, tanpa ada sebarang medium antara aku dan Dia. 

sepanjang minggu ini, sebelum aku mula study [exam aku dalam masa 10 hari lagi. 14 januari 2013]... masa mula-mula nak masuk gear mood belajar tu... tiba-tiba aku akan rasa sebak. tiba-tiba. air mata tumpah. ergh! tak tahu  kenapa. pikir pasal adik-adik ke? pikir pasal study ke? pikir pasal kawan-kawan ke? pikir pasal family kat malaysia ke? aku pun tak tahu. sehinggakan aku berkata-kata setiap kali aku menangis,

''ya allah, kenapa aku ni? aku nak study. kenapa nangis ni?''

dan terus menangis. [erk, ye nangis.]

merasakan beban yang semakin berat mungkin.
merasakan dakwah yang semakin menuntut mungkin. 
merasakan diri perlu semakin matang mungkin. 
menyedari, 
mula sedari, hati yang perlu lebih dibesarkan dengan cinta allah.
ini bukan mungkin. tapi ini pasti!

seusai solat jemaah dengan seorang kakak tadi, aku berkata.

''akak, saya tahu random. tapi, bagi saya satu nasihat.''

makanya, melalui dia, Allah berkata-kata kepada aku.

''bukankah KAMI telah melapangkan dadamu [muhammad]?''
''dan KAMI telah pun menurunkan bebanmu darimu.''
''yang memberatkan punggungmu.''
[asy-syarh, 94:1-3]

bukankah KAMI...
KAMI...
KAMI...

itu ALLAH.

allah jualah yang melapangkan dada aku, kamu, dia, mereka. allah! betapa kita cuba mencari kelapangan pada benda lain, tetapi kelapangan hati hanya asalnya dari allah. allah yang memberi kelapangan itu. nabi dulu lagi rasa beban kot dakwah ini. nak kena islam kan SATU DUNIA! [pengsan] semestinya rasa berat. tetapi, allah meringankan rasa berat itu untuk dia. keringanan dan kelapangan itu allah sahaja yang boleh bagi. dan, nabi muhammad tenang kan? kool kan baginda? hurm... mahu menjadi kool macam itu.

bukanlah dengan menghabiskan semua lecture notes dapat melapangkan hati aku, sebenarnya.
bukanlah dengan membuat semua soalan past years dapat melapangkan hati aku, sebenarnya.
bukanlah dengan menangis meghoyan dapat melapangkan hati aku, sebenarnya.
bukanlah dengan memikirkan solusi sesuatu perkara dapat melapangkan hati aku, sebenarnya.

tetapi...

allah.

Dia yang dapat melapangkan hati aku, kalau Dia mahu.
dan Dia juga mampu menyempitkan hati aku, kalau Dia mahu.

lama aku tidak bersua muka dengan adik-adik aku. lama juga aku tidak membalas mesej mereka. lama juga aku tidak bising dalam group LINE kami. bukanlah aku tidak mahu. bukan juga aku ingin sangat duduk terperuk dalam 'gua' buatan aku ini. tetapi aku merasakan kondisi hati aku tidak membenarkan. kotoran-kotoran di hati ini mungkin akan mengotorkan hati-hati bersih mereka. 

buat adik yang berada jauh dari aku juga, bukan aku tidak mahu menceritakan apa yang terbuku dalam hati aku. aku cuba. tetapi aku tidak reti. mungkin saja apa yang aku perkatakan tidak seperti apa yang sedang menyerabutkan aku. salah faham. bersangka. itu aku tidak mahu. aku juga tidak mahu mengotorkan sesiapa. hati-hati bersih dan suci itu tidak layak untuk menerima hamba hina seperti aku ini. mereka butuhkan pemilik hati yang besar. 

berhenti!

sampai bila aku nak rasa down macam ini? hurm, daie memang suka muhasabah. tapi kadang-kadang kita lupa nak ada point of action [POA]. terus rasa down tanpa ada apa-apa tidnakan untuk up kan balik diri. sekali lagi, aku lupa, aku ada DOA.

sekotor mana diri ini, aku masih ada ALLAH.
sehina mana diri ini, aku masih punya DIA.
selemah mana diri ini, itulah... aku hamba DIA.

sampai bila aku ingin biarkan syaitan bermain-main sepsepseptomtomtom dengan hati aku yang sedang 'kurang sihat' ini. ya allah, lindungilah aku. lindungilah kami. sudah, sudah, sudah! tak akan aku nak biarkan syaitan menang lagi! aku perlu bangkit. muhasabah, muhasabah jugak, tapi action perlu ada.

hurm... berkata-kata memang mudah kan? menulis pun mudah. itulah struggle aku. untuk memanifestasikan blog ini dalam perbuatan. doakan aku. 

bukankah ALLAH telah melapangkan dadamu wahai Keberkatan?

bukankah ALLAH telah melapangkan dadamu wahai Keberkatan?

bukankah ALLAH telah melapangkan dadamu wahai Keberkatan?

hurm...

buat sistersku, di mana jua kamu berada... 
nabi muhammad s.a.w. pesan,

 "Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya." 

Anas r.a. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw., lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah tersebut mengatakan, "Aku mencintai dia, ya Rasulullah." Lalu Nabi bersabda, "Apakah kamu sudah memberitahukan dia?" Orang itu menjawab, "Belum." Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Beritahukan kepadanya." Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, "Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah." Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, "Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya." 

aku tahu, mungkin aku jarang memperkatakannya. kadang-kadang ia terkeluar dari mulut aku. dan aku betul-betul maksudkannya kalau aku cakap. aku sayang kamu kerana allah. [ok, dah cakap.] dan aku bersyukur rasa itu hadir kerana kita mengejar satu destinasi yang sama. cinta allah. kalau sudah tidak ada lagi cinta allah yang menjadi matlamat kita, maka rasa itu mungkin tidak lagi bermakna kepada aku seperti mana ia memberi penuh makna kepada diri ini. banyak yang aku belajar dari kamu semua. dan aku tidak mahu bosan daripada terus mengutip mutiara-mutiara dari kamu semua. 

buat dia di sana, kamu tahu apa aku rasa. kamu faham apa aku rasa, meskipun kamu jauh. cuma mungkin aku yang lemah dalam menjaga kebersihan ukhuwah ini. aseef. aseef. aseef. aku tahu kita inginkan allah sahaja. dan sepanjang perjuangan itu, Dia akan menghadirkan ujian, cobaan untuk membersihkan. itulah, satu je sebabnya. sebab, allah sayang sangat kepada kita. Dia sayang sangat. dan aku ingin membawa cinta ini sampai syurga. bukan sahaja dunia. aku tahu, biar sakit sebentar,  biar air mata itu mengalir kerana Dia. bukan kerana dunia, Dia tahu kita sedang struggle. 

ya, kita hanya perlukan allah. yang pertama untuk dicari ialah allah. tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengabaikan nikmat sisters di sekeliling kita. ini apa aku belajar.

allah NO. 1, but sisters will never be the last.

nabi muhammad ada abu bakar. dan  musa ada harun. aku? aku ada sisters. aku ada kamu.

 mula dari awal jom. 

''salam alaikum, :) nama aimi. panggil aimi. awak?'' 

[sengih, sambil hingus-hingus]

erm... panjangkan post aku kali ini. alhamdulillah.
pembersihan itu satu nikmat.
sisters itu satu nikmat.
tarbiyah itu satu nikmat.
struggle itu satu nikmat.

hanya mereka yang ditarbiyah akan melihat ujian itu satu nikmat. dan aku tahu aku sedang ditarbiyah. oleh 'murabbi' terhebat, ALLAH.

doakan aku terus tsabat. 
kerana aku ingin tsabat sampai aku syahid di jalan ini.
biiznillah.#

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Wednesday, December 5, 2012

Dia; yang pertama. Bukan kemudian.

Salam alaikum.

ya allah, lama sudah aku abaikan blog ini. ya aku tak tipu. aku abaikan. Maafkan aku kerana sudah lama tidak menunaikan hak, iaitu BERKONGSI nikmat yang Dia telah beri kepada aku. nikmat mengenal Dia dan mengenali islam.

sebenarnya, ada juga beberapa post yang aku tulis. Tetapi tak pernah habis, berhenti di tengah jalan. ada saja perkara-perkara "berbangkit" yang perlu diberi perhatian. harap-harapnya, kali ini aku mampu habiskan.

aku muhasabah diri, kenapa ya? kenapa tak mampu habiskan? Sedangkan ada sahaja masa-masanya. Pikir. Pikir. Dan pikir. Sebab allah takkan mentakdirkan sesuatu dengan main main. Pikir lagi. Hurm. Satu jawapan. Kondisi hati aku sendiri. Pada tika itu, ia sedang tenat barangkali. Kata-kata yang terlahir pada saat itu mungkin hanya penuh dengan emosi dan nafsu tanpa sedikit pun berkait dengan tujuan penciptaan hidup aku. Ya allah. T_T Dia sememangnya Maha Memelihara. Alhamdulillah.

Sepanjang aku tidak menulis. Sebenarnya aku cuba mencari semula sesuatu yang telah hilang. Masalahnya aku pun tak tahu apa yang telah hilang itu. Cuma aku merasakan ada satu ruang dalam diri ini yang sudah tidak ada. Tiba-tiba. Ya, secara tiba-tiba.

Stresskan bila kita hilang something? Lebih stress lagi bila kita tidak tahu apa benda yang kita hilang itu.

Puas aku cari. Tapi tak tahu mana nak mula. Sehinggakan banyak perkara menjadi tidak tentu disebab kan aku. Sedih kan? Namun, aku yakin. "tak mungkin sesuatu yang mungkin berlaku, lebih baik dari apa yang telah berlaku". Ramai juga meka-mereka yang aku sayang, tidak dapat aku tunaikan hak mereka dengan ihsan. ada juga, mungkin, yang terluka hati dengan setiap keputusan yang aku ambil. kerana aku tidak memberitahu, apa yang sedang berlaku dalam diri aku, ceh.. konon nak kata inner conflict lah. hurm...

bukan aku pilih untuk senyap, walaupun aku bukanlah seorang yang gemar berkongsi masalah. sebab aku yakin, the first thing i must do is seek for allah. itu! lepas itu baru manusia. Makanya, aku diuji dengan keyakinan itu. sakit tak tipu. tahu kisah nabi zakaria? herm...

pada suatu hari, nabi zakaria telah diburu oleh penentang-penentang agama allah. baginda lari. terjumpa dengan satu batang pokok dan meminta pokok itu menyelamatkannya. makanya... pokok itu membuka ruang untuk nabi zakaria masuk ke dalamnya. adapun si iblis laknatullah yang sememangnya dengki dengan adak cucu adam sejak azali lagi, memberitahu kepada penentang-penentang yang begitu rakus mencari nabi zakaria tetang keberadaan baginda di dalam batang pokok itu. Mereka kejam. Digergajinya pokok itu. Ya, digergaji. Dengan wujudnya seorang nabi di dalamnya.

Nabi zakaria ingin menjerit kesakitan. INGIN. Tetapi... Allah memberi perintah, jangan jerit. Hurm.. Pelikkan? Tahu sebab apa?

Sebab...

"Engkau mencari bantuan daripada pokok terlebih dahulu sebelum engkau meminta bantuan darupada Aku".

Aku, mendengar kisah ini dalam usrah aku sebulan yang lalu, mungkin. Approximately. Dan aku sangat terkesan dengannya. Aku merasakan memang hanya kepada allah kita kene begantung, bukan kepada makhluk. Terutama MANUSIA.

Karena allah itu begitu mencintai, maka Dia uji aku dengan keyakinan aku itu. Dia ingin aku betul- betul yakin dengan apa yang aku pegang.

Sehinggakan,

Masalah yang menyerabutkqn kepala aku dah sampai tahap dewa (erm... Aseef bahasa ini). Punyalah aku bertahan. Diceritakan kepada Dia sahaja. Namun, ada satu saat itu, terdetik di hati untuk bercerita kepada manusia. Makanya aku mencari seseorang.

Dia sudah berada di hadapan aku. Tinggal aku nak meluahkan segalanya sahaja. Namun, takdir Dia mendahului aku. Belum sempat aku becerita, orang lain datang dan perbualan yang belum sempat dimulakan itu terpaksa ditamatkan. (Ironi bukan?)

Makanya, aku beredar.

Aku mencari lagi. Mencari MANUSIA. Ingin aku berbual melalui telefon. Selama ini, tidak pernah ada masalah utnuk berhubung. Dan masa sentiasa ada utnuk berhubung, sama ada melalui mesej atau
Pun telefon. Tetapi pada saat itu, ya allah... Masa aku free, dia sibuk. Masa aku sibuk, dia free. Dia telah menyusunnya. Sampai satu tahap, aku rasa dan berkata pada diri sendiri...

"Sudahlah tu, Dia dah lama tunggu."

Aku hanya mampu tersenyum sambil merasakan kehangatan air mata sendiri mengalir deras. Ya allah,betapa Dia mentarbiyahi aku mengikut kadar iman aku.

Jujur kata, aku masih belum menjumpai apa yang hilang itu. Masih belum. Namun,aku pasti Dia akan menemukan aku dengannya. It is just a matter of usaha and tawakal.

Sekarang di ireland, musim sejuk tiba. Sejuk x tipu. Tetapi aku semakin merasakan kehangatan cinta Dia. Melalui mereka.

Semakin hangat dan ujianNya semakin hebat. Moga masih rela menerima tarbiyah daripadaNya dengan hati yang redha.

Mode: struggle. .c The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Sunday, September 23, 2012

Diri ini mahu dan perlu

Salam alaikum.

Dalam kereta murabbi. Perjalanan pulang ke dublin.

Aku tertanya tanya. Apa lagi perlu aku buat? Kenapa perlu menuntut lebih dari apa yang aku mampu?

Terdiam...

Aku hanya ingin buat dakwah ini dengan langkah dan hati yang bersih.

Aku ingin cintakan jalan dakwah ini sepertimana ia dicintai sepenuh hati oleh para anbiya' dan sahabat.

Aku ingin tidak tidur malam memikirkan tentang tarbiyah diri, kawan kawan, dan adik adik.

Aku ingin bersengkang mata membuat planat dakwah.

Aku ingin menangis dalam qiam, dalam doa, dalam sujud.

Aku ingin merasakan kehadiran allah dalam setiap langkah aku.

Aku... Aku hanya manusia biasa. Aku juga masih belajar untuk menjadi manusia, mengenal manusia, membaca manusia. 

Aku tidak mahu zhon zhon yang hadir, menghalang hati ini daripada terus dipandu allah. 

Aku tahu!

Masalahnya bukan kau ataupun aku.
Tetapi...
Zhon itu lahir dari hati yang dihasut syaitan.
Kepada dia dan mereka, istighfar jom.
Syaitan cemburu ukhuwah islamiyah ini.
Syaitan tidak mahu islam terus terbina.
Syaitan mahu kita berpecah.

Maaf kerana tidak mampu menjadi harun yang sentiasa di sisi musa.
Aku di sini, dia di sana.
Tetapi aku ada doa.
Dia ada doa.

Keputusan yang kita buat demi menjaga hati sendiri, kadang kala memberi sakit kepada yang lain.
Maafkan aku.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Thursday, September 13, 2012

Selamat tinggal malaysia. :,)

Salam alaikum.


Baru–baru ni aku mula mendengar lagu yang mempunyai suara manusia. Sebab mungkin sudah hampir setahun aku tidak mendengar alunan muzik mahu pun nasyid, kerana diperkenalkan dengan lagu instrumental. Layan yiruma la yang pasti. Jazakillah khair kepada dia yang memperkenalkan.

Bila mua mendengar lagu maher zain.

SO SOON

PARADISE

GUIDE ME ALL THE WAY

I LOVE YOU SO

Sebak. Hehs. Tak tahu dari mana air mata tu datang. Ok tipu, aku tahu la dari mana asal usul penghasilan air mata itu, tapi... Macam mana ia boleh terlepas keluar pon aku tak tahu. aku merasakan satu perasaan; rindu. Rindu pada allah. Hurm... Macam mana boleh ada rasa itu?  :|

Perasaan yang sama setahun lalu. Maher zain juga. Hehs. Cuma, mungkin aku yang berbeza. :)

Hari ini, aku akan pulang ke dublin. Bekalan summer aku, tak kan pernah cukup. Perlu 'supplement'. Hehs. Dalam masa 9 bulan akam datang, macam-macam boleh berlaku. Cuak juga sebenarnya. Aku akan kembali ke ireland bukan sebagai pelajar baru, bukan sebagai adik. Tapi sebagai senior yang mungkin bergelar kakak. 

Dalam hidup ini, dah beberapa kali aku merasai menjadi senior. Darjah 6, tingkatan 5, 2nd year IB. Tapi, kali ini... Mungkin pertama kali aku berdebar untuk menjadi senior. (eh, rasa berlagak pulak sebut senior. Astaghfirullah....) senior dalam tarbiyah. Hehs. Padahal... Adik-adik yang datang kali ini mungkin lebih "senior" daripada aku dalam dnt ini. Ya allah, banyaknya aku ingin belajar dari mereka. Setiap satu dari mereka, punya mutiara untuk aku kutip. :,)

Ucd dah sampai,
Galway dah sampai,
Cork bakal menyusul,
Tcd tak lama lagi,
Rcsi paling lambat nak sampai dublin. (sabar ya)

Masih punya masa untuk menyusun. Ya allah permudahkanlah. Bersihkanlah, setiap langkah. Setiap keputusan. Setiap niat. 

 The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Wednesday, September 12, 2012

ingat senang ka?!!

salam alaikum.

baru pulang dari tesco, last minute shopping bak kata mama. esok, 13 september. aku bakal pulang ke bumi tarbiyah kedua aku. hehs. padahal, mana-mana boleh jadi bumi tarbiyah kan? tiket kata, depart 8.35pm. hurm... ada lagi beberapa puluh jam sahaja untuk aku selesaikan apa yang patut.

masa dalam perjalanan pulang, aku dan mama berborak sakan. aku ceritakan tentang pengalaman aku dan dua orang adik aku semasa kami menjadi pelancong di Miri, Sarawak pada minggu lepas. kakak aku bekerja di sana. dia lah yang mengangkut kami merata-rata keliling bandar miri dan brunei. yang paling aku tidak boleh lupa adalah perbualan antara aku dengan kakak aku semasa di satu gerai makan.

"kaklong, orang tak habis lah."

"ish, sikit je tu. habiskan..." nadanya masih kool.

"alaa... tak mampu dah..." 

hilang sabar mungkin?

"awak ingat senang ke nak dapat duit beli makanan tu?!!"

tunduk pandang pinggan. 

"okai, okai. orang makan."

hehs, kaklong ku garang. tapi itulah satu-satunya kakak yang aku ada hubungan darah. hehehe... dan aku sayang dia. [walaweyh!!]. ok back to the main topic. semasa dalam kereta tadi, setelah ketawa keluar air mata dengan mama... aku tiba-tiba terfikirkan sesuatu.

"awak ingat senang ke nak dapat duit beli makanan tu?!!"

kata-kata itu takkan terkeluar dari mulutnya sekiranya kakak aku tidak merasakan betapa susah dan peritnya nak dapatkan duit. bekerjalah kan? dan kerja itu bukannya senang. mesti ada stress, mesti ada tak tidur malam, mesti ada kena marah, mesti ada macam-macam lah sampai kakak aku begitu menghargai duit yang dia usahakan.

hurm... [lentok kepala ke sebelah kanan sambil pandang langit luar tingkap sebelah kiri]

kalau nabi dan para sahabat tengok keadaan kita yang releks semacam pada zaman ini, apa diorang akan cakap ye? mungkinkah...

"awak ingat senang ke nak hijrah dari mekah ke madinah?"

"awak ingat senang ke nak tahan seksaan kaum quraisyh?"

"awak ingat senang ke nak berlawan dengan pelepah tamar dalam perang badar?"

"awak ingat senang ke nak dapat fathul mekah?"

"awak ingat senang ke nak capai ustaziatul alam?"

ouch.

mereka bersusah payah menegakkan islam. setiap saat. kalau kita perasan, bila tiba waktu solat, nabi akan cakap kepada bilal, 

"bilal, rehatkan kami dengan azan."

get it? mereka rehat dalam solat sahaja! masa-masa lain mereka perjuangkan hak allah atas muka bumi ni! kita? perjuangkan hak kita, hak individu sahaja pandai! hehs

kalau bukan kerana allah memilih mereka membawa panji-panji islam, aku tak tahulah apa yang jadi kepada kita hari ini. mungkin kita takkan tahu siapa ibu bapa kandung kita pun. mungkin aku, tak sempat nak hidup pon sebab kena tanam hidup-hidup. ntahlah. tapi... sekarang ini, hurm... ramai mangsa keadaan. T___T

mereka tegar di jalan ini, kerena mereka ada perasaan cinta pada allah dan rasul. rasa cinta itu dialirkan pada jalan dakwah dan tarbiyah. perasaan cinta itu kini menjadi benih-benih cinta yang menghidupkan pejuang kalimah Allah pada hari ini. dan aku ingin menjadi pejuang itu. penuhkan hati dengan allah. cintakan jalan dakwah dan tarbiyah ini. matlamat aku. redha allah dan sorga.

dublin, here i come. 

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Sunday, September 9, 2012

teringat kisah dahulu.

Setelah sekian lama, kembali mendengar. Tetapi kesannya, masih sama. Terasa seperti mula-mula mengenal Dia. Betapa merasai diri ini hina. Tidak punya apa-apa, selain pengharapan tinggi menggunung agar dosa diampunkan. Agar diri bersih untuk Dia. Agar hati lapang untuk Dia. :') betapa Dia membimbing untuk terus membesar di jalan ini. Ada masa ujian hadir tika masih belum bersedia, tapi Dia titipkan kekuatan. Ada juga ujian yang menyapa kesetiaan. Ada masa rasa ingin lari daripada semua, kerana sudah tidak larat melayan manusia... Tetapi perasaan pertama itu, perasaan diselamatkan dari dunia yang sedang menipu penghuninya, membuatkan kaki dan hati ini terasa berat untuk pergi meninggalkan semua. 

Dahulu hidup yang hanya  bergelumang dengan buku dan papan tulis, aku bukakan pintunya kepada manusia. Prinsip aku dahulu, "hidup aku, hidup aku. Hidup kau, hidup kau. Kau tak kacau hidup aku, aku tak kacau hidup kau." sikit demi sedikit, Dia mengajar aku untuk menerima manusia. Bukan hanya buku. Ya , aku nerd. Mungkin sekarang juga. Dahulu, tidak aku bergaul dengan manusia. Mungkin sedikit, rakan kelas? Itu pun, tidak semua aku kenali. Hah. Tidak reti  aku bertegur sapa, apatah lagi berborak panjang.  Namun, kini demi dakwah dan tarbiyah aku perlu bergaul dengan mereka. Memberanikan diri untuk memberi senyuman. Sedikit demi sedikit, aku mula berbicara.

 Huh... Ingat senang ke? Menerima manusia dalam hidup, struggle terbesar pernah aku buat. Permah aku tanyakan kepada naqibah aku ketika pertama kali aku perlu membawa usrah, "akak, kenapa saya kena buat baik kat adik kandung orang lain, sedangkan adik kandung sendiri saya tak buat macam itu?" naqibah aku hanya senyum dan diam. Saat ini,  Alhamdulillah thumma alhamdulillah, mereka bertebaran di serata dunia; ireland, uk, nz, oz, indonesia. Bukanlah aku yang membina mereka, tetapi allah. Tidak aku buat apa-apa. Hurm.... Senyuman adik-adik ketika mendengar khabar tentang cinta allah, membuatkan aku hidup. Rupanya bukan buku dan keputusan peperiksaan yang mampu menghidupkan hari hari aku. Bayangkan dari seorang nerd yang dahulu bulatan gembiranya ialah buku cuma, Dia mentarbiyah aku untuk menjadi nerd yang cuba berusaha untuk mengembalikan manusia kepada Tuhannya. 

Kalau dahulu itu fasa aku. Fasa struggle untuk melangkah masuk ke jalan dakwah dan tarbiyah ini. Jujur aku kata, dulu aku allergik jugak dengan terminology arab ini, terutamanya DAKWAH. Hehs, agak lama juga untuk aku menerimanya. "akak, saya nak buat benda ni, tapi saya tak nak serabut dengan term term arab ni boleh tak?" since i am a slow learner, sampai sekarang aku struggle untuk memahami bahasa arab yang mana menjadi bahasa quran. (walaupun dalam kertas ujian kefahaman masa form 1, jawapan aku kepada soalan "kenapa kamu ingin belajar bahasa arab?" ialah "kerana bahasa arab bahasa alquran". Hehs, jawapan skema, tak tahu apa maksudnya yang sebenar.)

kini, struggle yang lain pula perlu aku hadapi. kan? hidup ini mana pernah berhenti dari struggle. walaupun sudah kaya, struggle juga macam mana nak pikir belanjakan harta tu ke jalan allah.walaupun dapat 10A1, masih struggle pikir nak masuk universiti mana. walaupun dah berjaya masuk universiti, masih struggle nak menghadapi kelas lectures dan juga minggu peperiksaan. walau pun cuti summer, masih juga stuggle untuk menjaga kekachakan iman. hehs.

tak pernah berhentikan? sebab tu allah cakap,

 “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” 
[ Al Balad: 4]

allah sudah bagi tahu awal-awal. 

nak jadi perompak pun strugglekan? merancang strategi bagai. mengambil risiko tinggi. menempah tempat kat neraka. fuh fuh fuh...

semua orang kena struggle. yang membezakan kita adalah untuk apa kita struggle itu. untuk allah, atau untuk kepuasan diri sendiri. hurm...

jalan ni tak ditaburi bunga yang seharum kasturi... tapi siapa kata jalan ni tak wangi. cuba try pergi jordan dan lawat kubur muadz bin jabbal... hidu baunya. fuh.... wangi! tak tipu. bau sang syahid.

seorang murabbi berkata pagi buta tadi, aku skype dengan sisters di dublin. 

"kalau kita berada di jalan ni kerana Allah, takkanlah kita nak tinggalkan jalan ni kerana penat? kerana susah?"

hurm.. betul jugak. ha! so, kalau nak tinggalkan jalan DAKWAH DAN TARBIYAH ni pon kena kerana allah lah. hehs, ironi? der, kenapa nak tinggalkan jalan yang menjamin syurga?

"sebab aku tahu aku tak layak ke syurga."

itulah, perasaan hamba. hamba mana yang rasa layak? sebab diri hina berbanding Tuhannya. sebab diri miskin berbanding yang maha kaya. tapi, tak salah kita berharap dan berusaha.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

berlari gagah di jalan ini, jangan pernah lupa Dia. kerana Dia, aku, dia dan kamu dipertemukan. well, trials will come. tears will shed. fragile hearts might brake. tapi, apa-apa pun, aku, dia dan kamu masih ada allah. jangan pernah lupa Dia. jangan pernah tinggalkan Dia. jangan pernah duakan Dia. karena, itu hanya akan melukakan hati sendiri. sebab hati tidak akan pernah tenang tanpa Dia. hati tidak akan pernah kool tanpa Dia.



The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Saturday, September 8, 2012

berhenti. fikir. pasal. masalah. kecil.

salam alaikum.

PALESTINE

SYRIA

ROHINGYA

macam mana mereka ya?

kerut kening membaca wall facebook. ada yang meluahkan rasa. ada yang melaporkan keberadaan. ada juga yang bagitahu status perut. tak lupa juga status hati. [erk, hati bagaimanakah? MACAM-MACAM LAH!]

scroll ke bawah. 

diselang selikan wall aku dengan hidangan dunia dan akhirat. sangat ironi. sangat kontradik. friend di atas memberitahu tentang masalah hati yang cinta tidak berbalas. friend di bawah macam meratapi kekasih dibawa lari. friend di tengah-tengah.... meng upload gambar para syuhada yang senyum, kerana mungkin mereka sudah melihat dan menghidu bau syurga.

sudahlah bicara soal cinta duniawi. bangkitlah. bukalah mata. uraikanlah ikatan yang menjerut nadi hati yang seharusnya sensitif kepada isu ummat. kepada saudara yang sedang berdarah fizikalnya di sana. kita di sini/?? konon berdarah juga. berdarah di hati. adus.... ouch. 'sakit' sangat.

mereka di sana kena bom.
eyh, kita pon kena jugak lah... mulut kita bom orang sana. orang sana pon bom kita balik.

diajak membantu menentukan masa depan negara. buat apa? kalau masing-masing memburukkan sesama sendiri?

ingin sahaja aku pergi ke sana. meskipun bom sana-sini. tak pasti keadaan esok hari. tetapi mereka pasti satu perkara, perjuangan mempertahankan agama takkan pernah selesai sehingga syahid menjadi penutupnya. tidak ada caki maki. tidak ada hulur-menghulur. tidak. yang ada hanya iman yang membakar himmah.

mungkin aku sedikit emosi hari ini. entahlah, aku geram dengan diri sendiri. mungkin. 

berani sungguh aku merancangkan perjalanan esok hari. huh... menunjukkan betapa aku yakin yang aku akan bangkit pagi esok. betapa aku tidak memikirkan bahawa Dia mampu menahan nyawaku daripada kembali ke jasad aku. sungguh aku tidak mengendahkan kekuasaan Dia dalam menurunkan mala petaka tatkala tubuh aku, kaku.

[bukan aku nak kata tak perlu merancang. ini pemikiran aku sahaja]

apa yang mereka fikirkan sebelum tidur? adakah mereka sempat tidur? macam mana tempat tidur mereka?

arggh!

aku ingat pertanyaan aku kepada papa,

"pa, kata ada OIC. ada PBB. apsal ada yang ditindas lagi? apa kerja diorang?"

mungkin aku emosi.

tapi.. kenapa pada zaman abassiyah, khalifah mu'tashim dengan gagah perkasanya menghantar pasukan tentara menyerang kota  amuriah, turki selepas mendapat berita tentang seorang wanita islam diganggu oleh tentera romawi??

hanya seorang wanita diganggu, sepasukan tentera dihantar!!!

oh, malunya aku dengan diri sendiri.

ya allah, kuatkanlah saudara KAMI di sana. 

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Tuesday, September 4, 2012

manusia.

salam alaikum.

dia bertanya kepada aku semasa di dalam surau mrsm beseri.

"addy, hang tau dak dulu dia jeles bila aku rapat dengan hang?"

"errr....tak pulak." 

dalam kereta, ketika ingin menghantar aku pulang ke penang.

"addy, siapa best friend hang sekarang ha?"

"errr.... tak tahu. aku rapat ja ngan semua orang."

"camna kalau orang yang hang rapat tu, dia anggap hang best friend dia sedangkan hang tak pon anggap macam tu. hang take her as kawan biasa ja."

"....."

"hang nak cakap apa kat dia?"

"kenapa tanya?"

"saja, aku nak jawapan."

ya allah, aku tak tahu. aku tak tahu nak buat apa.

mengalir air mata ini kerana mulut aku bisu. hati aku kaku. peristiwa itu tiga tahun yang lalu. kini baru aku tahu. ya allah, ada hambaMU yang aku tidak tunaikan haknya. macam mana Nabi mampu buat semua sahabat rasa special? macam mana Nabi boleh kenal semua sahabat dengan sempurna? macam mana Nabi buat sampai sahabat rasa dialah orang yang Nabi paling sayang dan chenta? 

dan macam mana sahabat-sahabat tak rasa cemburu pun sesama mereka sedangkan mereka berkongsi cinta kepada Nabi yang sama?

ya allah, susahnya!!!

kini aku takut. takut menzalimi mereka yang aku kenal. ya allah, manusia. susahnya! kerana itu aku pilih untuk  tutup pintu kepada manusia, semula. aku tak mahu dizalimi dan menzalimi. keputusan ni betul? ke tak? aku tidak tahu. 

seorang murabbi akan punya beberapa mutarabbi. bagaimana ingin menyantuni mereka dengan adil? tanpa melahirkan perasaan yang tak best dalam hati. macam mana?

mungkin aku perlu lari dari manusia. hidup dengan batu. hehs.

allah bantu aku, bantu aku, bantu aku.


The one who speaks to the others is speaking to oneself.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...